6 CIRI LELAKI YANG BERKUALITI

Photobucket

Hello :)

Hari ini aku nak tulis tentang ciri ciri lelaki
 yang berkualiti dan yang paling diimpikan oleh setiap wanita dalam mencari pasangan hidup mereka.

So kiranya entry kali ini KHAS UNTUK KAUM "LELAKI", "ADAM", "MEN",  dan sewaktu dengannya. hoho


Sir Andios, mewakili lelaki seluruh dunia. HAHA *tetiba*
*Aiceh, wawa! Baru habis sekolah dah poyos macam ni kan?*


Hehe, takdelah.. Entry kali ini adalah sekadar ingin berkongsi ilmu sahaja. Tidak ada kena mengena dengan soal mati ataupun hidup. Jangan risau, selamat untuk dibaca.. Tak kena denda~ Haha. Mungkin bagi para jejaka yang ingin mencari tulang rusuk kirinya yang telah sekian lama menghilang, anda bolehlah mengetahui bagaimana untuk  menepati ciri ciri yang diminta oleh peminjam tulang rusuk kiri awak tu. 

Hik hik, Segan pulak baca :D


*Please dont  kewaste our time Wawa -__-"* Suara hati anda didengari~

Hehe, baiklah~ Okey so.. 





  • Mempunyai Kerjaya Tetap


Kerjaya lelaki adalah asas utama wanita dalam memilih pasangan hidup mereka. Lebih tinggi pencapaian, kerjaya, pendapatan  dan masa depan yang lebih cerah.. Lebih high class anda di mata para wanita.
 Ini bukan bermaksud wanita ini suka mengejar kekayaan ke apa tetapi mereka cuma berhati hati dalam menetukan masa hadapan mereka. Sekiranya anda tidak mempunyai pekerjaan tetap, bagaimana anda ingin menyara keluarga anda kelak? Ye dok?? 


  • Berfikiran Matang 
Wanita tidak suka lelaki yang tidak mampu memberi buah fikiran yang terbaik disaat mereka memerlukan anda sang jejaka hensem hensem sekalian. :D
 Dalam hal ini anda harus matang, jangan menjadi terburu buru dan  kebudak-budakkan dalam melakukan sesuatu perkara khususnya dalam membuat keputusan.

  • Mampu Menyelesaikan Masalah.
Masalah memang menyusahkann dan mengusutkan kepala tetapi para lelaki telah diberi kelebihan  untuk menyelesaikan dan berdepan dengan masalah lebih baik berbanding wanita. Jadi, berdepanlah dengan masalah dan selesaikan dengan sebaik baiknya. Tunjukkanlah kebolehan anda itu! Dengan pastinya saham anda di mata wanita sangat tinggi.

  • Urus Masa Dengan Baik
Ramai lelaki tidak mampu menguruskan masa mereka sendiri. Banyak masa dibuang begitu saja dengan melepak, berborak kosong di kedai mamak, merempit, mengurat awek dan sebagainya. Ia merupakan satu tindakan yang kurang bijak ya kaum lelaki? 
Sikap seperti inilah yang harus dihindari supaya anda akan dilihat berkualiti dimata wanita. 

  • Setia
Bagi kaum lelaki, anda pasti sudah lali mendengar "lelaki susah nak setia", "lelaki mata keranjang" , "tak cukup satu nak lima", haih.. macam macamlah yang dikatakan oleh wanita sampai pecahlah telinga dan muntah hijau  sebab selalu sangat dengar ayat yang sama je. Saya faham, memang tak semua macam tu..  Tetapi, dalam memilih apa yang terbaik untuk hidup yang seterusnya.. Kita akan bersama seseorang itu untuk jangka masa yang sangat panjang pada masa hadapan, jadi kesetiaan itu amat diperlukan. 
Dan selalunya apa yang kita dapat lihat, kebanyakkan rumah tangga runtuh dan porak peranda adalah disebabkan lelaki tidak setia pada pasangannya.


  • Tidak Bertindak Ganas
Lelaki sering dikaitkan dengan sikap panas baran. Namun, memukul wanita adalah perkara yang tidak boleh anda lakukan. Kalau tangan dan kaki sudah naik ke muka, alamatnya runtuhlah rumah tangga kamuu~ 

Sekarang gentlemens anda semua dah tau apa ciri ciri kualiti yang kaum wanita inginkan.. Ermm.. Apalagi? Berusahalah menepati ciri ciri itu dan buatkan semua kaum wanita didunia ini terpaku 


dan sedar bahawa masih wujud lagi lelaki berkualiti di dunia ini. ~~ Dan yang pasti ANDALAH SALAH SATU LELAKI TERSEBUT! ^^ So , fighting!



2 comments:

faqihahhusni said...

nice tips! thank you najwa :D hehehe

Unknown said...

semoga dpt lelaki yg btul2 berkualiti..hihi..:D tq najwa..:D

Post a Comment