Contest keduaku!



Salam semua, yeah dengan bangganya aku nak umumkan yang aku dah sertai contest ni! Wuhuu! Haha, untuk pengetahuan korang, ini adalah contest yang kedua aku :) Aku tergerak hati nak join centest sebab aku nak la haha.! Okey, ini adalah serba sikit information tenrang contest ni. Korang baca la la dekat SINI!, lepas baca join la sekali boleh la kita bersaing sesama sendiri. hihi :D

Aku nak tag... (randomly tag)




Cerita di sekolah :D

Salam semua, wah lama gila aku tak mengupdate cerita kat blog nie,  sorilah aku tak banyak cerita. huhu ;'(
Okey, hari ni aku nak cerita fasal apa yang berlaku kat sekolah aku pagi tadi. Sori, aku takde cerita menarik hari nie~~
Haha, okey ceritanya macam ni. Setiap hari khamis sekolah aku buat program nilam. Tapi, hari dah tak jadi program nilam tapi jadi program "BEBEL-BEBELAN". Huh, serius aku cakap aku stress gila pagi tadi, pagi-pagi lagi satu sekolah kene membebel dengan cikgu displin yang baru ni. Kalau membebel sikit takpe jugak, tapi ni.. Ya Allah! Panjang berjela,

Then, ada lah cikgu ni dia bebel fasal apa tah n apa yang aku ingat dia cakap kitorang ni kalau diberi muka, nanti banyak cekadak pula. Haa, time ini adalah sorang kakak senior aku cakap "Tak pe cikgu, lepas nie kitorang bagi CEKODOK pulak", haha, nasib baik kitorang duk belakang so, cikgu takde la dengarkan, kitorang kat belakang duk gelak je dengar apa kakak senior tu cakap. haha, akak u're the best!

Lepas je cikgu tu, abis cakap semua murid tepuk tangan. tepuk tangan sebab cikgu tu dah HABIS MEMBEBEL~! haha. Setan tak kitorang? Pastu sambung pulak cikgu yang lagi satu nie. Cikgu nie asalnya nak marah kitorang sebab bising sangat, dengan semangat dia cakap kat mikrofon "SEMUA, SENGAPP!"
Lepas dengar cikgu cakap macam tu, semua orang senyap then apa lagi gelakkan cikgu lerr, dengan mal-malu  cikgu cakap " senyap ke sengap ke maksudnya sama je". Haha, kesian cikgu tak jadi nak marah. Malah kene gelak pulak gan murid-murid sendiri. Hahaha, yang tu memang tak boleh blah :))


aduss malunyerr.

Gigiku~~

Salam, Haa.. cakap fasal gigi, semalam aku baru jek cabut. Ceritanya macam ni, dah beberapa bulan dah gigi geraham aku ni sakit. Cuma baru-baru ini dia bertambah lagi sakit sampaikan aku tak boleh nak tidur pun. Huh, menyampah!
Haha, okey, disebabkan gigi aku ni dah sakit melampau-lampau so aku ambil keputusan gigi klinik gigi dan...

yup, aku dah kehilangan gigi aku, gigi yang paling terkuat sekali..! Sedihnyaa~ :( Ouch!

Transformer!

Salam semua! Muhahaha, aku dah pergi tengok cerita "Transformer Dark of The Moon". Jeles tak? Kannn?
Hahaha, takpe korang yang tak tengok lagi tu jangan la jeles-jeles sangat eh, tak dapat tengok kat wayang, beli cd cetak rompak pun jadilah asalkan dapat tengok.. yea tak?



Okey, cerita transformer kali ini boleh tahan la, lepas aku tengok aku boleh kasi 3/5 bintang je la. Jalan cerita dia kali nie kurang impak and bosan sikit lerr.  Kelam kabut pun ada gak, mybe time  buat cerita ni dia punya pengarah terlalu khusyuk dekat bahagian perlawan antara robot je kot sampaikan terlupa nak buat  baju  terkoyak, luka gila-gila, dan baju kotor kesan daripada berlawan tu. Sengalkan? Tapi tu la yang aku nampak.:)



Ah lagi satu. Aku menyampah gila tengok pelakon perempuan yang baru ini.

i ke? u cakap fasal i ke??
Ya, aku tengah citer fasal kau  ni.
Dia ni bukannya membantu sangat pun dalam cerita ini, rasanya dia 75% menyemak kat dalam movie ni,
kerja dia menjerit jek banyak, huh, menyusahkan. haha :D
Oh yea, time aku tengok cerita ni ada something berlaku, agak kelakar jugak la bila tengah dok syok tengok part yang lawan-lawan tu, tiba-tiba leh lak wayang terpadam. Walamak tak penah-penah dibuat wayang lain. Haha, wayang tu memang sengal :D Tapi, akhirnya aku dapat gak tengok sampai habis.Lepas beberapa minit tggu. Korang mesti nak tau ending dia? Erm, ending dia macam biasa je la "Happily Ever After" :)