Okey, hari ni aku nak cerita fasal apa yang berlaku kat sekolah aku pagi tadi. Sori, aku takde cerita menarik hari nie~~
Haha, okey ceritanya macam ni. Setiap hari khamis sekolah aku buat program nilam. Tapi, hari dah tak jadi program nilam tapi jadi program "BEBEL-BEBELAN". Huh, serius aku cakap aku stress gila pagi tadi, pagi-pagi lagi satu sekolah kene membebel dengan cikgu displin yang baru ni. Kalau membebel sikit takpe jugak, tapi ni.. Ya Allah! Panjang berjela,
Then, ada lah cikgu ni dia bebel fasal apa tah n apa yang aku ingat dia cakap kitorang ni kalau diberi muka, nanti banyak cekadak pula. Haa, time ini adalah sorang kakak senior aku cakap "Tak pe cikgu, lepas nie kitorang bagi CEKODOK pulak", haha, nasib baik kitorang duk belakang so, cikgu takde la dengarkan, kitorang kat belakang duk gelak je dengar apa kakak senior tu cakap. haha, akak u're the best!
Lepas je cikgu tu, abis cakap semua murid tepuk tangan. tepuk tangan sebab cikgu tu dah HABIS MEMBEBEL~! haha. Setan tak kitorang? Pastu sambung pulak cikgu yang lagi satu nie. Cikgu nie asalnya nak marah kitorang sebab bising sangat, dengan semangat dia cakap kat mikrofon "SEMUA, SENGAPP!"
Lepas dengar cikgu cakap macam tu, semua orang senyap then apa lagi gelakkan cikgu lerr, dengan mal-malu cikgu cakap " senyap ke sengap ke maksudnya sama je". Haha, kesian cikgu tak jadi nak marah. Malah kene gelak pulak gan murid-murid sendiri. Hahaha, yang tu memang tak boleh blah :))
aduss malunyerr. |
No comments:
Post a Comment