Al Kisah Nyanyuk ..

 Pada satu senja, 3 orang nenek berkumpul. Masing-masing seronok bercerita tentang diri masing-masing yang sudak nyanyuk.



Nenek A : Umur aku dah 60 tahun. Sekarang ini aku dah mula nyanyuk. Kadang kala, aku terlupa kat mana kita bersembang ini? Dekat tangga rumah ke dekat beranda?


Nenek B :Aku lagilah.. Kalau naik tangga, selepas itu aku jumpa tangga tu balik. Aku kena fikir lama. Sebenarnya aku ini nak naik tangga ke turun


Nenek C :Apalah.. Kamu ini muda-muda lagi dah nyanyuk!
                 Tengok aku ini. Umur  baru 90 tahun lebih. Masih steady, 
                 otak fresh lagi.  Boleh baca majalah.. tak nyanyuk pun!



Semasa berbual-bual, Nenek C ketawa mengekek-gekek sambil mengetuk meja sebab terlalu suka.
Tidak lama kemudian, Nenek C terdiam melihat keadaan  sekeliling sambil berkata
" EH, SIAPA PULAK YANG KETUK PINTU RUMAH TADI??"

No comments:

Post a Comment