Penentu! Tak lama lagi~

Salam semua~! Penentu? Tak lama lagi? Apaa semuaa ni??!!
Hahaha. Nak tau? Okey, kali ini aku nak kongsi sikit fasal "MAHARAJALAWAK". Huu.. Minggu depan dah nak final dah kan? Erm, korang rasa siapa yang korang sokong and patut menang?
Pada pendapat aku la kan, Sepah memang boleh menang. Sebabnya, lawak diorang tak merapu, jalan cerita pun selalu bagus, boleh difahami dan menarik. Aku suka :)


Nampak tak? Nampak tak rupa orang yang akan JUARA? kehkeh.
Erm, lepas tu aku rasa JOZAN akan naib juara! Sebabnya, diorang punya lawak macam biasa-biasa jek. Ada up and down. Cuma baru-baru nie diorang punya lawak gempak gila. Agak la. :)

Okey, aku ngaku korang memang lawak! :D

Ha, cakap siapa yang akan dapat tempat ketiga ni sebenarnya agak keliru jugak nak letakkan siapa. Tapi, aku dah dapat jawapannya lepas aku tengok lawak mamat nie lepas minggu ke 10. Jengjengjeng! Tempat ketiga jatuh kepada satu-satunya peserta solo kita iaitu Ahmad Nabil Ahmad! Wohooo~!

Pelawak solo yang terbaik!
Pada pendapat aku sebenarnya Nabil ini sememangnya pelawak solo yang paling berani dan juga terbaik. Kenapa? Okey. Aku bagi satu contoh la. Korang rasa lawak Johan akan menjadi tak kalau xde Zizan? Sama jugak dengan peserta lain bahkan Spongebob pun memerlukan Patrick untuk jadikan lawaknya lebih menjadi. Kalau takde partner? Jawapannya sama macam lawak bodo yang dicipta oleh Amir :) Last-last korang yang tengok dia gelak dengan lawak dia sendiri. Haha.!

Dan tempat ke4, dimenangi oleh..
Lawak sengal2 banyak. Hee, tapi takpe coz aku mula suka :D

Okey, semua yang kat atas ni bukannya keputusan yang betui2 punya. Ni adalah pendapat aku sahaja atau boleh dikatakan sebagai harapan :)




No comments:

Post a Comment