Ini Cerita Najwa .: Vanekem!

Vanekem!

Helloo! Vanekem..! *maafkan aku ea kalau tersalah* hehe.. Okey, hari ni aku nak ucapkan kepada semua warga Malaysia terutama sekali yang beragama hindu..

HAPPY DEEVAPALI :))


Apa tu deepavali? Jom kita kaji sikit.. :)

Hari Deepavali  juga dikenali sebagai Diwali dan Divali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya.
Menurut lagenda, Raja Naragasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja Naragasura meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia.
Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali.




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 orang doakan saya dapat 9A! :D :

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen