Aku Bangga Jadi Anak Malaysia !

Photobucket

Selama 17 tahun aku tinggal dan menjadi anak Malaysia, tapi.. Tak banyak benda yang aku tahu tentang tanah air aku ni. Tapii..


 Setelah bertahun-tahun barulah aku sedar, ternyata tiada lagi negara yang lebih baik berbanding negara sendiri. Memang.. Aku tahu negara kita ni takdelah sebagus negara USA, Jepun, Korea dan negara- negara yang lain. Tetapi, seperti negara yang lain.. Malaysia jugak mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.
 Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang berbilang bangsa. 


Dan yang paling menariknya, walaupun negara kita ni mempunyai pelbagai kaum, bangsa dan agama yang berlainan namun negara kita masih lagi dapat hidup dengan aman sentosa.  Lihat betapa uniknya Malaysia sehingga boleh dapat membuka mata dunia yang  bahawa perbezaan tidak menjadi halangan untuk kita bersama!!

Ya,  Aku tak dapat menafikan kadang-kadang tu. Memang ada berlaku sedikit salah faham antara kita tetapi dari situlah kita mula mempelajari untuk menghormati, dan memahami, budaya - budaya kaum yang lain. Dan dari situ timbullah satu perasaan yang sangat unik yang hanya orang Malaysia saja tahu. Begitu hebatnya, Malaysia. Iaitu tanah air tercinta kita ni.


Aku tahu sekarang banyak benda yang kita tahu dan tak tahu berlaku di Malaysia ni. Banyak juga negara yang cuba mengoyangkan negara kita. Tetapi, aku pasti sangat pasti sekiranya kita masih lagi berpegang erat antara satu sama lain. Sama-sama bekerjasama mengekalkan keamanan negara. Sama-sama bersatu mengekalkan kebebasan negara.. Pasti kita semua akan merdeka untuk selama-lamanya.!


Jangan biarkan ianya berulang lagi.. Setelah pejuang berjuang mati-matian.. Untuk memerdekakan negara ni.. Kita?! Tepuk dada tanya selera.

Okey! Jom kita bangga kan lagu negara kita ni. Hidupkan balik rasa gembira dan bangga menyanyikan lagu Negaraku ni  seperti dulu!!



Ya! AKU BANGGA JADI ANAK MALAYSIA :)



No comments:

Post a Comment