Ini Cerita Najwa .: Dear guru displin :)

Dear guru displin :)

Photobucket


Dear Cikgu Displin yang dikasihi,

Hello cikgu. Apa khabar? Saya harap cikgu sihat walafiat di atas kehendakNya. Dan lagi  satu, cikgu.. saya harap cikgu tidak akan terkejut dengan kehadiran surat online ni okey. Haha~
Erm Cikgu, terdapat banyak tujuan saya  menulis entry kali ini.

Pertama, saya ingin memohon maaf kepada cikgu sangat-sangat kerana telah mengutuk cikgu selama ni. Sejujurnya sebelum ini saya tak pernah rasa menyesal ketika mengutuk cikgu sampailah satu hari saya terlepas cakap dan ketika itulah! Saya rasa saya ni dah betul-betul melampau cakap macam tu fasal cikgu. Saya sangat menyesal! Jadi, saya mohom maafkanlah saya yang serba kekurangan ni.

Kedua, saya  tak bermaksud nak kutuk cikgu  sebenarnya. Itu hanyalah salah satu reaksi spontan saya untuk meluahkan rasa di hati! Sebab cikgu tak tau apa yang cikgu cakap and buat tu boleh membuatkan saya rasa geram dan jugak sakit hati. Jadi... takkan la saya nak pukul cikgu atau buat anti guru ke apa kan.. *buat suara sedih* Kang tak fasal-fasal kita berdua masuk berita Hairan dengan TV. Femes seminggu! Haha!  

Ketiga, saya sangat berharap yang cikgu longgarkan sedikit peraturan sekolah. Yela, bukan apa.. kalau banyak nanti tak boleh nak ikut pulakkan. Yalah,manusia ni mana suka dikonkong~ Lagi-lagi remaja, sifat memberontak diorang ni kuat tau. * Fakta* Lagi satu, cikgu saya harap jugak yang cikgu tak buat la peraturan yang mengarut lagi 

Contohnya

  • : katakan lah loceng sekolah akan berbunyi pada pukul 7:20 then saya terlewat 1, atau 5 minit, nama saya terus dicatat. 
  • Beg yang budak cina selalu pakai, * alaa, yang macam kulit tu* dirampas/tidak boleh bawa ke sekolah kerana beg tu adalah beg untuk jalan. * i mean seriously?! Sekolah lain elok je tengok takde pun peraturan  yang mengada-gada macam ni* Sigh~
I mean tolonglah cikgu, jangan buat saya rasa macam nak jerit depan sekolah boleh tak * ni over sangat hihi*
Hah, yang fasal lewat tu. Takkan la cikgu tak faham kalau saya ada masalah jem ke apa ke. Cikgu ingat kat kawasan perumahan saya tu ada sekolah kita je ke? Banyak tau tak~! Saya tau cikgu mesti tak tau sebab cikgu tak amik tau pun. Cuma yang cikgu tau saya bersalah dan itu titik noktah cikgu.  Cikgu.. Saya amat yakin yang cikgu pun pernah jadi pelajar jugak kan dulu. Cikgu pun mesti pernah mengalami jem jugak kan. So, saya sangat harap yang cikgu faham apa yang sedang saya perkatakan ini :)

Lastly, sejujurnya saya tak benci kan cikgu pun. Tidak sama sekali. Saya hanya tak suka cara cikgu tu jee.  Jadi itu saja saya nak sampaikan pada cikgu. Selamat bercuti dan menyambut Maulidur Rasul saya ucapkan pada Cikgu. :) Peace!



Ikhlas dari lubuk hati pelajar mu,
NAJWA




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

2 orang doakan saya dapat 9A! :D :

Akito Boron said...

cikgu disiplin ialah cikgu paling berdisiplin di sekolah

Najwa Zahari said...

eh? hahhaha. memanglah.

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen