Kita ni bestfriend ke?

Photobucket


Aku dulu ada dua orang kawan baik iaitu Nadia dan juga Izz. Kedua-duanya kawan aku masa aku sekolah rendah. Tapi tak rapat. Just kenal-kenal gitu je la sebab masa sekolah rendah, kitorang kelas berasingan. Sorang ke utara, seorang lagi pulak kat selatan.. Aku..? Erm, dekat-dekat sini je .hikhik^^

Okey. So, bila dah sekolah menengah. Kitorang dipertemukan semula dan malangnya kitorang still tak sama kelas. Walaupun macam tu, tapi hubungan aku dengan Nadia mula rapat sebab kitorang selalu balik sama-sama. Kebetulan pulak, rumah dekat :)

Then Izz datang, muncul jadi pihak ketiga *cehh.. ayat~*.Haha,  Entah tak tau macammana.. Kitorang mula rapat. Selalu balik sama-sama, rehat dan so on. Tapi, betullah kata orang " Kalau dah bertiga, pasti salah sorang daripadanya terpaksa berundur". Situasi tu memang sama dengan aku. Dan yang paling malang sekali, akulah orang yang terpaksa berundur tu. Uhuk~

image

image

*******************CUTS!!********************

Sorry-sorry naik lorry. Okey. Back to the story..  Start from that day, aku selalu dipinggirkan oleh Izz. Izz selalu layan Nadia dengan baik dan mesraa~ Tapi bila dengan aku. Urmmpp..



Tak  yah ceritalah.. =,= Cedey angat T.T. Haha.

Aku bukan saja dipinggirkan malah aku jugak seolah-olah dilupakan! Serius aku cakap time tu memang aku boleh kerja full time jadi HALIMUNAN.!


Muahaha! Aku nampak kau tapi kau tak nampak aku~ Jadi, aku memang cooll :D


Nasib baiklah Nadia dia seolah-olah faham aku, jadi dia cuba nak lebih rapat dengan aku. Tapi,  keadaan tetap sama. Tiada apa yang berubah. Aku tetap tak dapat rapat dengan Nadia selagi ada kehadiran Izz. Malah aku jugak semakin dipinggirkan dan tak berlaku adil oleh Izz. 

Bayangkan laa, situasinya macam ni.: Korang bertiga kawan baik. Kawan korang tu A dan B. Korang memang rapat dengan B pada asalnya. Tapi, A ni tiba-tiba datang di antara persahabatan korang tapii just nak rapat dengan B je. Korang di buat dunno je. Setiap hari A bagi B  hadiah. Setiap hari! Bayangkan lah! Tapi yang paling sadisnya korang langsung tak dapat apa-apa! Lebih menyakitkan, A ni selalu bagi hadiah tu depan-depan korang =.=". Kalau korang. Geram tak?!

Memang kejam. Ini sangat menyeksa aku. Aku pernah jugak tegur dia. Aku cakap kat dia dengan nada sedih *aiceh2* " Izz, awak asyik bagi hadiah kat Nadia je. Awak tak pernah pun bagi kat kita"  then dia pun jawab "Ohh, okey.. Esok kita bagi awak okey? ".

Esoknya dia memang bagi. Tapi yang paling tak tahannya, dia bagi Nadia bekas tempat letak pensil yang dia buat khas untuk Nadia. Tapi aku? Dia just bagi kapur bentuk bear pastu dia sempat lagi cakap "Nanti awak kaler la sendiri. Or kita ajar awak warna dia  okey?",

Tahap kesakitan aku memang dah mencapai tahap maksimum. Cukup maksimum. Aku kalau boleh nak je sepak dia. Serius. Tapi, aku memikirkan apa yang dia bagi ni dah kira cukuplah tu. Sekurang-kurangnya ada. Tapi, sejak dari tu aku memang tak boleh nak anggap dia kawan baik aku, bahkan sahabat pun jauh sekali.

Setelah 4 tahun berlalu, barulah aku tersedar.. Yang izz berkawan dengan aku ni bukan sebab ikhlas. Tapi terpaksa. Dia cuma nak berkawan dengan Nadia je dan bukannya aku...

Conclusionnya : Kita memang bukan kawan. Kita jugak bukan musuh. Tapi, kita berdua just tak dapat nak menerima satu sama lain. :))

No comments:

Post a Comment