Menembak! Apa cite~?

Photobucket

Ceritanya dah lepas, tapi sekarang baru update. Sekarang ni,dah tak ada masa nak update laa. Sedih tau~

Alhamdulilahh. Akhirnya aku dapat jugak pergi menembak hari Jumaat lepas (23.2.2012) hari tu. Walawehh! Rupanyaa, banyak jugak dugaan kitorang sebagai pelajar form 5 tahun ni. Sepatutnya, pergi menembak bulan 3, tapi.. Tak tau la apa sebabnya tarikh tu dibatalkan dan dipercepatkan iaitu pada hari yang aku sebutkan diatas. Kebetulan pulak tarikh tu kitorang exam! Dan sudah semestinya kitorang tak akan dapat pergi~ Kemungkinan nak pergi memang tipis. Setipis tisu yang telah basah. Aicehh ayat~ 

Jangkaan kitorang memang tepat. 2 hari sebelum bertolak, cikgu mula edarkan surat kebenaran. Surat tu diedarkan hanya untuk form 2 dan keatas. Tapi,Form 5 dikecualikan!! Sebabnya pengetua tak benarkan. Memang sedih. Sakit hati + bengang pun ada jugak. Yelah, sia-sia je kitorang pergi latihan menembak sedangkan kitorang tak dapat pergi. Serius buang masa!

image

Nak marah, tak guna. Nak bantah pun tak guna. Memang tak boleh buat apa-apa. Kitorang just mampu berdoa supaya pengetua bukakan hati dia je. Dan akhirnyaa.! Aku dapat jugak pergi! Wuhuuu~!!

Besoknya cikgu buat pengumuman kat kitorang dan cakap kitorang dapat pergi! Sangat tak sangka! Alhamdulilah!! Peluang  ni susah dapat. Nak- nak bila nak habis sekolah kan. huhu. T.T

Thanks Allah, we really enjoy this moment. Walaupun penat tapi sangat berbaloi! :D







YEAH ! AWESOMEE!! #walaupun aim tak kena apa-apa =,="