Movie Review : Kimi Ni Todoke

Photobucket

Salam semua!

Yo! Apa khabar semua..? Sihatkah anda hari ini ? :)

Okey, hari ini aku nak share something dengan korang fasal cerita Jepun yang baru je aku tengok tadi! Sangat menarik cerita Kimi Ni Todoke ( From Me To You)! Rugi kalau korang tak tengok ~

 

Cerita ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Sawako Kuronuma ( Natsuna Watanabe) yang digeruni dan digelar Sadako (hantu cerita The Ring) oleh rakan-rakannya kerana salah faham dengan penampilannya yang menakutkan. Malah ada juga yang menyebarkan khabar angin bahawa Sawako ini boleh melihat hantu serta boleh menjampi sesiapa sahaja yang merenung ke matanya lebih dari 3 saat. 

Tapi sebenarnya, Sawako ni seorang yang manis dam malu-malu orangnya. Dia ingin dan suka untuk berkawan cuma penampilannya sahaja yang membuatkan orang takut untuk mendekatinya. Namun, hidupnya mula berubah apabila Kazehaya ( Haruma Miura)  iaitu seorang pelajar popular, mula bercakap dan mendekati dia.

Sejak dari itu, Sawako mula menemui dunia yang baru, yang belum pernah dia miliki sebelum ini. Untuk itu dia sangat berterima kasih kepada Kazehaya yang banyak membantunya. Namun, dalam diam kedua-dua ni mula menbuahkan rasa suka antara satu sama lain! 

Lakonan mantap dari :

   Natsuna Watanabe                              Haruma Miura

Aku research fasal cerita ni and aku baru tahu rupanya cerita ni diaplikasikan dari komik ~ Alaa, macam cerita City Hunter tu laa. Movie just untuk live action punya jee~ :)


Okey, untuk cerita ni aku boleh bagi..
!!

Aku bagi 5 bintang sebab aku suka gila tengok cerita ni! Sumpah best~ !! Tapi, untuk lelaki saya tak rekomen la sebab cerita dia jenis perempuan-perempuan je yang suka. Kalau korang tengok pun takpe, korang pun suka kan. Hehe. Erm tu jelaa kot~


Keseluruhannya : Sangat Memuaskan and Comell ^^

Nak tengok..? Jom ke SINI untuk MOVIE!




 
     
image

image



image




The End ^^

1 comment:

nana said...

I dah tengok yang anime punya version. Bestttt! Hehehe

Post a Comment