Aku ingat aku dah mati..

Salam semua!
"Hah? Apasal tajuk kali ni lain macam jek bunyiknye?"


Nak tau kenapa? Okey, ceritanya macam ni. Aku  teman gan mama & abah aku pergi Pahang sebab nak hantar kakak aku balik Uitm and adik aku balik Maktab dia. Walaupun dua-dua tempat kat Pahang tapi tetap terpisah jauh. Sorang kat Jengka, and sorang lagi kat Kuala Lipis. So, hari ni kitorang pergi bertolak ke Jengka dulu, tempat kakak aku, sebab kat Jengka lagi dekat berbanding Kuala Lipis. Sampai kat Uitm kakak aku, aku ternampak basikal elektrik kakak aku. So, aku cakap la dengan dia yang aku nak cuba. Dia kata boleh tapi lepas angkat barang. Dah selesai angkat barang, apa lagi aku pergi la turun and terus nak basikal tu. Adik aku pun join the club la siap duduk kat tempat bonceng tuu lagi. Aku pulak siap kayuh-kayuh lagi. tapi, basikal tu tak gerak pun. Hehe..


So, aku cakap la dengan kakak aku. "Macam ne nak gerak?". Kakak aku kata "turun la dulu".
Lepas kitorang turun, kakak aku pun p kat belakang and turun kan tongkat dia. Dalam hati aku kata " Ohh. Ada tongkat rupanya. Macam motosikal jek"
Then, mama kata " bawak la basikal tu p kat hujung sana". Aku pun tengok la kat tempat yang dperkatakan tu. "Ermm. Luas-luas. PAS"
So, dengan excitednya aku pun tuntun la basikal tu. Tiba-tiba... Basikal tu jadi lajuuu!! Laju gila! sumpah aku cakap aku takut. Aku tak tau nak wat apa so aku jerit gila-gila sambil pegang basikal tu.
Family aku yang lain tengok jek. Mybe terkaku kot. Entah la.
So, disebabkan lari terlampau laju, aku jadi tak balance then aku terjatuh. Kepala aku sumpah tak dapat pikir apa-apa kecuali MATI. Lepas jek aku jatuh aku dengar ada orang gelak rupanya Family aku. ehehe, Kecuali kakak aku. Sebab basikal dia yang jadi mangsa =,=". Abis rosak disebabkan aku! Soorryy angah!
But so far so good aku just cedera ringan and yang paling penting I"M STILL ALIVE :D
HEUUUWW!

No comments:

Post a Comment