Ini Cerita Najwa .: Aku makan Clorox?!

Aku makan Clorox?!

Photobucket

Hai semua readers! Hehe.

Okey, sebenarnya aku pun baru tau yang aku pernah makan chlorox. Serius aku sangat terkejut! Haha =,=
Aku dapat tau masa aku berborak-borak dengan mak cik aku fasal braces.


 Mak cik : Lili bila nak pakai braces? Tak pakai2 lagi.

Aku : Entahlah mak. Wawa pun sebenarnya nak pakai. hehe

Makcik : Kau tak payah! Gigi kau tu dah cantik!

Aku : Eh, yeke?

Makcik : Erm, padahal  gigi kau lah yang paling teruk dulu, tapi sekarang tengok dah lawa dah. Lagi lawa daripada yang lain. 

Aku : Hehe. Alaa, mak.. Dulu wawa selalu makan gula-gula, sebab tu la gigi wawa banyak takde and rosak. 

Makcik : Ehh, takdelah! Dulu kau makan CHLOROX, sebab tu la gigi kau hancur semua! 

Aku : Hahh ?!! Tipulahh!

Makcik : Betullah, buat apa aku nak tipu kau.!

Aku : .......?!! Tapii, tak mati pulakkan wawa makan cholox.. ..

Makcik : Entahlahh.. Hahahaha * Sama-sama gelak*


Masa makcik aku bagitau aku fasal ni serius aku tak boleh terima! Yelah, chlorox kot! Patutlah aku takde gigi sampai aku darjah 2! Bayangkanlah berapa lama aku takde gigi, pastu terpaksa melalui hari-hari yang sukar untuk makan. Bubur je makan utama. Rupanya chloroxlah penyebabnya! 

Aku ingat lagi time aku kecik. Disebabkan aku takde gigi, Kakak, abang and adik aku yang jahat-jahat semuanya ejek aku " Nenek Tua"!   

Jadi untuk memback-up kan diri yang terniaya.. aku pun dengan semangatnya membalas " WAWA BUKAN NENEK TUA! WAWA NENEK MUDALAH!!!" *Serius bengong*

Diorang semua terdiam pastu semua gelak =,=" Dan sejak dari tu, tiada lagi ejekan "Nenek Tua" tapi  "Nenek Muda" . 

Aku diejek.. Semuanya gara-gara CLOROX! Semuanya SALAH aku sebab makan clorox tu.! Tapi, aku tak menyesal pun makan chlorox, kalau masa boleh diputarkan pun aku tetap nak buat benda yang sama. Kerana kesengalan aku itu menyebabkan gigi aku tumbuh dengan cantik dan kemas :))




thee :D




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

4 orang doakan saya dapat 9A! :D :

AiSyA LiEzA said...

hehehehe... stiap y belaku ada hikmahnya.. :D ahaks!! theeheeee~

Najwa Zahari said...

@AiSyA LiEzA

AhAH! Betul2! Sangat setuju ! :D

myra azraff said...

sobss sedihnya..mintak tisu boleh?
pasni saya pon nak try ini di rumah la..haha

Najwa Zahari said...

@myra azraff

Hahaha! Jangan! nanti kang tak tumbuh-tumbuh balik gigi awak tu~ :D

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen