Just join this contest~ UWAAA~~ ! :DD
Syarat2 contest :
1. Follow blog Nia Lidia dan Kamil Kahar
2. Buat satu entry dengan tajuk : "Contest Aku dan Quote : Sahabat Vs Cinta"
3. Letakkan banner contest yg comel tu didalam entry dan linkkan ke entry contest ini.
4.Tinggalkan link entry contest anda ke entry INI.
5. Kalau boleh , tag lah beberapa rakan utk memeriahkan lagi contest ni. ♥
Tema dipilih ialah : Kawan
“A friend is like a four leaf clover, hard to find and lucky to have.”
Cari satu gambar yg bersesuaian menggambarkan quote yg anda buat :
2. Kenapa anda pilih Quote tu ?
Sebab kat dalam dunia ni, semua orang boleh jadi kawan kita. Kita sampai boleh dapat beribu-ribu bahkan berjuta kawan! Buktinya dalam Facebook,Twitter, Blog dan sebagainya tapi nak dapat kawan yang betul-betul ikhlas dan sudi berkawan dengan kita memang susah nak dapat. Lebih-lebih lagi kawan yang sanggup bersusah payah, menangis bersama dan menerima kita seadanya. Kalau kita dapat kawan yang sejati macam tu.. Kita tersangatlah bertuah sebab Itu adalah salah satu anugerah Allah yang tidak ternilai, dan kalau kita lepaskan mereka dari hidup kita, itulah yang akan menjadi satu-satunya penyesalan kita kat dalam dunia ni.
3. Utk siapa Quote tu ditujukan?
Untuk kawan-kawan saya. terutamanya kawan baik di dunia dan akhirat saya : Nadia Syazwina :)
4. Apa pandangan anda tentang Sahabat Sejati (ikut tema yg anda pilih.)
Pada pendapat saya, sahabat sejati ialah seseorang yang sentiasa bersama dengan kita dalam keadaan susah dan senang, selalu berkongsi perasaan gembira bersama tapi menyembunyikan perasaan duka kerana dia tak mahu kita turut berduka tapi berduka ketika kita berduka. Juga tidak mengaibkan kita dengan menjaga nama baik kita sewaktu kita masih hidup ataupun setelah meninggal dunia. Tidak berpura-pura dan selalu menyokong kita dari belakang.
Selain itu, seseorang yang sangat menyayangi kita dan menganggap kita seperti adik beradiknya, serta amat mempercayai kita. Akhir sekali, dia akan menegur dan memarahi kita jika kita berubah dari kebiasaan diri kita kerana dia sayangkan kita dan bukannya gembira melihat kita dalam kerosakkan :)
Selain itu, seseorang yang sangat menyayangi kita dan menganggap kita seperti adik beradiknya, serta amat mempercayai kita. Akhir sekali, dia akan menegur dan memarahi kita jika kita berubah dari kebiasaan diri kita kerana dia sayangkan kita dan bukannya gembira melihat kita dalam kerosakkan :)
:) Inilah persahabatan yang sebenar
No comments:
Post a Comment