Ini Cerita Najwa .: Exam Intervensi!

Exam Intervensi!

Photobucket


Yeah! Cepat betul masa berlalu, rasanya macam baru semalam hari pertama persekolahan! Haha, tak sangka pulak.. Febuari dah pun sampai di pertengahan. Lagi beberapa minggu je, dah nak masuk Mac pulak! Adoii! SPM!!

Erm, takpe-takpe.. Kita lupakan benda tu sekejap. Sekarang ni fokus! Fokus untuk ujian intervensi pertama kali ni~ Wow, cepat kot ujian kali ni. 23 Febuari ni. Tak tau la sempat ke tak.. nak study.. Banyak jugak matapelajaran form 4 yang tak ingat. Dan yang paling sadisnya, form 4 punya topik la yang paling banyak masuk!


Haha. Erm, sejujurnya aku sendiri tak tau yang aku ni dah bersedia ke belum nak menghadapi SPM =,="

Tulah.. Nilah akibatnya bila kita tak ikut pepatah ni : 

"Sediakan payung sebelum hujan", sebab bila hujan kita yang habis basah lencun pastu barulah terhegeh-hegeh nak pergi 7-Eleven and Watson, beli payung. Itulah perumpaan yang sesuai untuk aku sekarang! Huhu.

Walau bagaimanapun! Hidup harus diteruskan. Aku kena tetap berusaha keras untuk berjaya. Biar aku lambat sikit, tapi takpe.. Asalkan aku faham dan dapat ulangkaji semula. Walaupun terpaksa bersekang mata dan letih mana sekali pun, Aku tak akan sesekali kalah pada diri aku sendiri sebab tiada musuh yang paling terkuat kat dalam dunia ni MELAINKAN DIRI KITA SENDIRI! Untuk berjaya kita harus berlawan dengan diri kita dulu baru boleh lawan dengan orang lain! 

Ya! Kalau orang lain boleh buat, takkan AKU TAK BOLEH?! 


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 orang doakan saya dapat 9A! :D :

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen