Ini Cerita Najwa .: Okey. Aku Blur!

Okey. Aku Blur!

Photobucket

Petang tadi, masa aku dengan kawan-kawan aku dalam perjalanan nak pergi balik sekolah lepas pergi seminar dekat kolej U-YPC kot. Kalau tak salah laa.. Dari kolej nak ke sekolah aku. Boleh tahan la jugak jauhnya. Dalam 5 Km  jugak la.. Memanglah boleh jalan kaki tapi masalahnya kitorang dah kesuntukkan masa. Mula-mula plan nak naik teksi tapi memikirkan lebihan penumpang buatkan kitorang berubah fikiran. Then, cadang pulak nak naik bas. Tapi disebabkan aku dengan kawan aku dah pernah ada pengalaman menunuggu bas macam penunggu.Memang taklah! Jadi kitorang terus lupakan. Fikir lagi. Akhirnya semua sepakat nak naik tren. Kebetulan, Tren pulak jauhh~ Panas pulak tu. Aduhh.. Serius aku cakap belakang aku ni basah gila. Boleh perah rasanya =.=" Haha!

Okey, sampai kat tren kitorang beli tiket. Aku duk sebelah tapi jadi  penonton kepada kawan aku yang tengah sibuk beli tiket kat kat touch screen. Lepas semua tempat tujuan habis dipilih.. Akhirnya masukkan duit pulak. Yeah bebeh money time! :D

Tengah sibuk Kawan aku  masukkan duit.. sepuluh sen.. Seringgit.. seringgit.. *semuanya 7 ringgit lebih*
Tiba-tiba ada baki lagi yang tak bayar. Aku pelik so aku pun cakap

Aku : Eh, lagi 1.20 laa
Kawan aku : Weh, siapa lagi tak bayar? *kuatkan suara sikit*

Orang kat belakang pulak dah berehem-ehem sebab lama sangat. Aku tengok kawan-kawan aku. Semua tertanya siapa yang tak bayar. Semua tanya pada kawan masing-masing.  Tiba-tiba baru aku tersedar.. aku tak keluarkan satu sen pun lagi! Jadi Dengan pelahan dan malu aku pun jawab.

"Kitaa.~ ....heheh"  

kawan aku yang lain semua gelakkan aku sambil merungut + marah sayang kat aku. Hehehe :D Serius blurr oh! xD Sorry guys! haha!

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 orang doakan saya dapat 9A! :D :

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen