Ini Cerita Najwa .: Latihan Menembak vs Seminar!

Latihan Menembak vs Seminar!

Photobucket

Yahooo! Yeah2! Aku akan pergi menembak~ Bang-bang-bang~! Haha. Excited ni! Okey, Alhamdulilah satu hari yang memenatkan dah pun berlalu. Ya Allah semalam penatnya. Ra Rabbi. Serius aku tak larat.
Semalam aku diuji untuk membuat pilihan antara untuk teruskan di Seminar atau Latihan Menembak.

 Semalam aku pergi seminar pengurusan masa dan matematik untuk tingkatan 5 bersama DR. ISMAIL ZAIN. Serius best gila! Dah la tak boring pastu pengisian dia pulak sangat bagus dan terbaik! Kelakar pun kelakar jugak~ Serius aku cakap ni seminar yang paling best pernah aku pergi!! :D




Tapi, masalahnya.. Latihan menembak juga pada hari yang sama! Kalau menembak ni tak best dah lama dah aku tarik diri! Takdelah cerita konflik kat sini~ Haishh.. Dah la menembak tu best! Aku pulak jenis orang yang sukakan extreme2~ Lagipun, pengalaman nak pegang dan tembak menggunakan senapang M-16 tu  cuma sekali atau dua kali dalam seumur hidup je kan


Jadi.. Siapa yang tak nak kan?? 

Lainlah kalau setiap tahun buat, aku tak pergi setahun pun takpe. Baik aku pergi seminar tu je. Habis story! But the problem is kedua-duanya tak selalu ada! Peluang untuk ada tu selalu tipis~ Huhuhu.. Aku confused! Walaubagaimanapun, keputusan telah di buat.. Akhirnya aku.. Memilih untuk pergi latihan menembak..~

 Aku tak dapat nak teruskan seminar  tu dan terpaksa pergi ke IPD Dang Wangi untuk buat latihan menembak. Sejujurnya aku tersangatlahh rasa sayang untuk tinggalkan seminar tu sebab seminar tu bestt sangat-sangat! Haisshh.. Rasa rugi pulak. Tapi kalau tak pergi latihan menembak pulak.. Minggu depan aku tak dapatlah pergi menembak betul-betul! Haishh... ujian-ujian! =,="

Tapi takpe, aku sangat yakin mesti ada hikmah disebalik semua ni! Sangat yakin! :)

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 orang doakan saya dapat 9A! :D :

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen