Ini Cerita Najwa .: Duit Apalah Sangat!!

Duit Apalah Sangat!!

Photobucket

Hai semua! Konichiwa~ 

Okey, ni aku nak cerita ni. Aku tak tau la kenapa orang zaman sekarang ni terlalu mementingkan diri, mengerja harta dunia sangat sehinggakan jadi seorang yang tak berperikemanusiaan. Aku nak tanya, apa salah Orang Kelainan Upaya (OKU) ni? 

Haish, aku geram betul la tengok orang yang buat diorang macam sampah.


TAK. TAK. Aku tak marah korang, janganlah takut. Aku bukan tuju ni kat korang tapi aku tujukan kat semua orang. Lebih-lebih lagi orang yang selalu memperlekehkan orang kelainan upaya ni. 

 *gambar hiasan*

Bukan apa, semalam.. Masa aku tengah tunggu bas, nak balik rumah, tiba-tiba aku ternampaklah ada seorang mamat cina  tengah bawak seorang lelaki buta (also Chinese) kat tempat tahan teksi.  Aku agak diorang ni bukan kawan or adik beradik sebab cara  mamat cina ni  nampak sangatlah macam tengah menolong. Setiap pergerakan diorang aku tengok. Aku ingat aku sorang je, rupanya semua orang kat situ. Mana taknya, dah sampai 5 ke 6 teksi ditahannya, sorang pun TAK SANGGUP NAK HANTARKAN. Menarikkan?

Yang tahankan teksi tu mamat cina, tapi bila orang teksi ni tau je rupanya orang orang buta tu yang naik teksi, diorang terus geleng kepala tanda taknak hantar. Aku serius hangin. Dah la muka orang buta tu sedih je, tapi orang teksi tu buat dunno je. Kesian aku tengok. Aishh. Masyarakat sekarang!

Tengah aku tengok gelagat diorang, tiba-tiba aku ada dengar orang cakap sebab kenapa teksi tak nak amik orang buta tu, rupanya.. Bila OKU naik teksi, diorang tidak akan dikenakan apa-apa bayaran. Jadi, sebab tu orang tak nak amik mana-mana orang OKU. Tapi, tolonglah! Duit di dunia ni

image

 apalah sangat jika nak dibandingkan dengan GANJARAN ALLAH yang BERLIPAT GANDA.!!
Betul  tak?

Tapi, nasib baiklah ada seorang hamba ALLAH ni  sanggup menghantar orang buta ni, bukan je sanggup menghantar malah dia sendiri yang berhenti dan hon kat mamat cina tu supaya orang cina ni naik teksi dia. Tengok, dia ni pun pemandu teksi jugak, tapi kenapa dia sanggup amik orang buta ni? Kenapa dia tak buat macam pemandu teksi yang lain? Tau tak sebab apa.. Tu sebabnya, dia BERTIMBANG RASA, BEPERIKEMANUSIAAN. Itulah yang membezakan dia dengan pemandu teksi yang lain. Betullah kata pepatah dulu " Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain".

Ingatlah, duit adalah permainan dunia je. Duit bukan segala-segalanya!! 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

1 orang doakan saya dapat 9A! :D :

Si Matatajam said...

Good entry dik. I like"...

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen