Kelas Memandu mengisi masa Lapangku :)

Photobucket

Hai semua~

Apa kabar semua? Dah makan ke belum? Macam mana hari ni.. seronok ke teruk? Haa.. bagi yang mengalami hari yang teruk tu, bersabarlah ye.. Tak selamanya teruk and bagi yang mengalami yang paling terbaik itu.. Enjoy that moment kayy.. :D

Rasanya dah hampir seminggu kan aku tak update, rasa kosong tak? *kosong kosong~ lagu Najwa Zahari Latif* Hik hik hik

Korang mesti tertanya tanya macam mana aku sekarang right? Alaahh aku tau korang terlalu sayangkan aku kan.. Hehe, aku pun sayang korang jugak. Well, kiranya kita ni saling sayang menyayangi and we are happy family~ Aww, teringat pulak zaman kanak kanak.. Alang alang tu, jom Sing Along with Barney and  imbas kembali zaman kanak kanak  kita yang sangat comel tu *macam aku* :3




Yeahh.. Wont you say you love me too??

Hehe, ngada ngada betul..! Oh yeaa... Well aku sekarang tak buat apa apa pun kat umah just duduk saja.. Macam yang korang tau sebelum ni right? Kalau yang tak tau tu.. Korang bolehlah baca kat sini ek------> APOKONO?

Tapi.. nasib baiklah aku ada masuk driving class kat Metro Driving, sampai ke Subang aku belajar. Keh keh



 Hoho, so far.. perjalanan aku dalam kelas memandu tu, alhamdulilah berjalan lancar. Tiada sebarang kesulitan yang berlaku.. Ujian berkomputer aku cuma amik sekali je. Nasib baik tak fail~~ Pemanduan pulak okeylah.. *mata ke atas, tangan ke bahu*

But, to be Honest lahh.. Aku rasa sangat teruk setiap kali bawak kereta! Asyik mati enjin je kerja.. Serius aku frust and setiap kali mati enjin, muka aku konfem jadi macam ni


image

YOURE SO DEAD, CAR!! *dalam hati*

Haha, memang sakit hati gilaa. Hanya tuhan je yang tau perasaan tu. Sebenarnya aku bukan frust sebab aku bawak teruk ke apa.. Aku cuma rasa agak kecewa bila aku tak dapat buat yang terbaik buat pengajar aku tu. And everytime aku buat salah, aku merasa seolah olah seluruh negara terus memberikan reaksi seperti ini..

image

image

And yang paling tahan orang yang kat sebelah aku tu lerr.. Muka dia mcm "sabar jelah", "adoi pening pale aku", "budak ni kan.. dah bape kali aku dah ajar?!"  haha.. *Memandai je aku. *


Ahh.. I really really really really hate that moment! Erm.. Tapi tak kisahlah kan sebab budak baru nak belajar.. Normal la tu kan? *ayat nak sedapkan diri*

Hoho,  Pengalaman belajar memandu ni  sebenarnya tersangatlah seronok bagi aku walaupun kadang kadang tu adalah jugak rasa frustnya  bila kita asyik buat salah je semasa bawak tapi bila kita dah mula pandai control. Ermm.. perasaan gembira masa tu hanya tuhan je yang tau!!

Ekspresi LUARAN selepas berjaya membawa kereta dengan baik :


image

Tapi sebenarnya DALAMAN aku :



 Menjerit dan menari dalam kegembiraan




LOL.

Poyoss tak?? Normal la tu kan. Hoho,

Apa pun, pengajaran dia kat sini.. Walau apa jua cabaran yang mendatang.. Janganlah kita cepat putus asa. Cuba buat yang terbaik and berusaha sehingga berjaya.  Ahh.. Lagi satu, sentiasa percaya diri sendiri! Jangan jadi macam budak yang berpura pura sibuk tulis ni. Pastu cuba hadapi tekanan dengan sedaya upaya and  jangan biarkan dia menguasai kita, okey :)

Btw, minggu ni aku dah QTI!! *macam manalah aku boleh samapi ke QTI?!*  Hohoho, *bangga* Doakan aku buat yang terbaik tau~ Nanti kalau aku nak pergi ujian JPJ, aku kasi tau korang eh.. Boleh lah sama sama buat solat hajat. Aicehh .. Haha :DD








1 comment:

Unknown said...

Ahahha, LAwak entry ni,, bez ,, pandai buat entry yg ada kaitn dgn gmbr,, Bez! entry yg menrik,,:D

Post a Comment