Duit Baru Keluar Julai ni?

Photobucket

Akan ada duit baru?! 
image

Wait-wait,  seriously? I mean. 

image


Terkejut? Tak percaya? Haaa.. Ini Buktinyerr.. 

Setelah mengumumkan keluaran Duit Syiling Siri ke-3 Malaysia pada Julai lalu, kini Bank Negara Malaysia mengumumkan pula rekaan terbaru duit kertas dan bakal dikeluarkan pada 2012 nanti. Rekaan ini dikatakan lebih bercirikan keselamatan sambil memperlihatkan keunikan Malaysia didalam rekaan duit kertas tersebut.
Kali ini, duit kertas Rm20 dikeluarkan semula selepas lama tidak dikeluarkan. RM1 kini menggunakan polimer bersama dengan wang RM5. RM50 pula sama seperti yang sedia ada sekarang.
Mari tengok gambar-gambar duit ni.
duit kertas malaysia baru
Duit Kertas Rm1- Sukan Tradisional
Permainan wau merupakan sukan tradisional yang popular di Malaysia terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Permainan wau juga secara tradisinya merupakan suatu acara untuk meraikan hasil tuaian yang baik yang merapatkan masyarakat tempatan negeri-negeri tersebut.

duit kertas malaysia baru
Duit Kertas Rm5- Hidupan Liar
Burung Enggang Badak (Buceros rhinoceros), iaitu salah satu spesies burung enggang terbesar dan paling mengagumkan di dunia, dipaparkan pada wang kertas polimer RM5 baharu.

duit kertas malaysia baru
Duit Kertas RM10- Flora
Hutan tropika Malaysia yang tumbuh subur, iaitu salah satu hutan hujan tertua di dunia, mempunyai berjenis-jenis pokok berbunga dan antara yang paling ikonik ialah bunga yang terbesar di dunia iaitu Rafflesia.

duit kertas malaysia baru
Duit Kertas Rm20- Hidupan Laut
Dua spesies penyu terkenal dan hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Penyu Belimbing (Dermochelys coriacea), yang juga merupakan lambang hidupan laut yang pelbagai dan berwarna-warni di perairan tropika kita, dipaparkan pada wang kertas RM20 baharu.

duit kertas malaysia baru
Duit Kertas RM50- Pertanian dan Teknologi
Kelapa sawit dan bioteknologi dipaparkan pada wang kertas RM50 sebagai ikon ekonomi Malaysia yang berkembang maju. Kelapa sawit telah menjadi tanaman pertanian negara yang paling utama dari segi ekonomi kerana Malaysia merupakan salah satu pengeluar dan pengeksport terbesar kelapa sawit di dunia.

duit kertas malaysia baru
Duit Kertas Rm100- Keajaiban Alam Semula Jadi
Dua keajaiban alam semula jadi terkemuka negara yang diisytiharkan sebagai ‘Tapak Warisan Dunia’ oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dipaparkan pada wang kertas RM100. Keajaiban alam semula jadi yang mengagumkan ini ialah Taman Kinabalu di Sabah, dengan Gunung Kinabalu yang hebat dan agung (iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara) dan pembentukan batu mercu batu kapur yang menakjubkan di lembah Gunung Api, yang ditemui di Taman Negara Mulu di Sarawak.


image
ishh geli ah kau gagak --"
 But
Persoalannya sekarang.

image  
the kerajaan tukar the money secara suddenly ek? # Nak tau jugak ! :D

No comments:

Post a Comment