Contest Saya Kaki Drama by ika & Mazri

Photobucket

Yea.Yea.. Ada contest lagi! Wuhuu! XD Contest Kali ni ialah :


 Drama tempatan pilihan :

Aku suka gila drama ni sebab dia sweet sangat~ Sangat romantic~ Aku pulak suka tengok cerita yang jenis-jenis romantik macam ni..Memang makanan akulah.  Bila aku teringat je cerita ni mesti aku akan tersenyum sampai ke telinga Ahak!.*gatai*  Ahh, aku punya sukalah! Hahaha~
Drama ni sangat popular dan diminati ramai yelah tengok lah pelakonnya pun siapakan~ AORAN AZIZ! haha

Ni Sipnopsis dia :


 Nora Elena (Siti Saleha) ialah kisah seorang wanita yang telah diperkosa semasa dia berusia 15 tahun. Walaupun sukar untuk melupakan insiden hitam tersebut, kini beliau selesa menjalankan kehidupannya seperti normal dan bakal mengahwini Idham (Zul Ariffin). Namun, keadaan mula berubah setelah bertemu Seth Tan (Aaron Aziz). Idham bercadang untuk membatalkan majlis perkahwinannya dengan Nora Elena setelah menerima satu panggilan misteri yang menceritakan perihal Nora Elena yang bukan lagi seorang perawan. Seth Tan pula menawarkan dirinya menjadi Pak Sanggup menggantikan tempat Idham di dalam majlis perkahwinan tersebut kerana masa semakin suntuk. Konflik yang lebih mendebarkan berlaku setelah Nora Elena dan Seth Tan berkahwin. Nora Elena mendapat tahu Seth ini rupanya lelaki yang telah menodainya 10 tahun lalu. Malangnya Nora ketika itu sedang mengandung anak Seth. Dapatkah Nora menerima dan memaafkan Seth yang sudah insaf dengan perbuatan silamnya? Apakah motif Seth mengahwini Nora?


drama antarabangsa pilihan :



Aku suka gila cerita ni! Gandingan antara Lee Seung Gi dengan Shin Mi Ah sangat menjadi~ Diorang sangat cute! Disebabkan cerita ni aku dah jadi salah sorang Fan kepada Lee Seung Gi! Sesiapa yang tak tengok cerita ni lagi, aku sangat war - warkan untuk korang tengok. Serius best! Memang takkan rugilah korang! Bila korang dah tengok nanti, bagitau aku tau~ Nanti bolehlah buat treadmark cuit diorang tu sama-sama. ~~:DD

Ni sipnopsis dia :

 Dae Woong telah tersesat ke satu pondok kuil yang mempunyai satu lukisan. Dia telah diperdaya oleh hantu gumiho supaya melukiskan sembilan ekor pada musang didalam lukisan tersebut. Sebaik sahaja siap, gempa bumi dan ribut yang dahsyat telah terjadi. Tanpa disedari, sebenarnya dia telah pun membebaskan gumiho dari lukisan itu.

*Dipendekkan lagi* Sejak itu, gumiho sentiasa mengekori Dae Woong ke mana-mana dan menyebabkan dia ketakutan kerana dia tahu gadis tersebut bukanlah manusia biasa. Apa akan jadi selepas itu? Bagaimana hubungan Dae Woon dan Gumiho? Adakah gumiho akan berjaya menjadi manusia kali ini? Benarkah gumiho memakan manusia?


Hehe. Korang kaki Drama macam Saya jugak? Jom join contest ni! :D GIGIT SINI!

No comments:

Post a Comment