Seperti yang kita semua tahu, doa ini adalah senjata bagi umat islam. Jadi, marilah kita memperbanyakkan doa kita. Ingat! Semakin banyak kita berdoa, semakin banyak kasih sayang dan rahmat Allah limpahkan :)
CONTOH DOA YANG BOLEH DIAMALKAN.
Sesuai dibaca sebelum kita memulakan sesuatu atau rutin harian kita.
Sesuai dibaca ketika kita sedang menuntut ilmu.
Berikan harta dunia bukan kunci kebahagian ibu bapa di dunia dan akhirat tetapi doa- doa anak mereka.
KELEBIHAN BERDOA
Kelebihan berdoa banyak diterangkan dalam al-Quran dan hadis. Selain menjadi inti pati ibadah, doa adalah penghubung di antara hamba dan khalik (pencipta).
Hanya dengan beberapa patah perkataan atau diniatkan segala permintaan dalam hati kepada Allah, hakikatnya ia tetap dikelaskan dalam jenis berdoa. Oleh itu, amalan berdoa bukan sesuatu yang sukar sebaliknya boleh dilakukan sepanjang masa tidak kira sama ada anda berada di dalam kereta, di majlis2 tertentu, di pasar2 dan di mana sahaja.
Ia bertepatan dengan firman Allah maksudnya: "Minta doalah daripada-Ku, aku menerima doamu." (Surah al-Mukmin, ayat 60) Doa bukan hanya ibadat, malah otak ibadah seperti yang diterangkan Rasulullah saw, maksudnya: "Doa itu adalah otaknya ibadat." - (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari) Ibadat yang dilakukan tanpa doa dapat diumpamakan seperti manusia yang tidak mempunyai akal (tidak berotak).
Orang yang tidak ada otak adalah orang yang berkata-kata tanpa berfikir. Dalam pada itu, doa dipandang sebagai otak ibadah kerana ia adalah simbol perhambaan kepada Allah. Nabi Muhammad walaupun dikelaskan sebagai manusia pilihan tidak berhenti-henti berdoa dan mengharapkan pertolongan Allah. Baginda berdoa agar diri dan seluruh umatnya sentiasa mendapat taufik (petunjuk) dan hidayah daripada Allah.
Ketika berdoa, setiap Muslim perlu mematuhi adabnya supaya ia lebih mustajab.
Waktu berdoa diambil kira ketika berdoa.
Antara waktu paling sesuai ialah ketika sujud, ketika ingin mengerjakan solat fardu dan di antara dua khutbah.
Umat Islam juga digalakkan menghadap kiblat sambil mengangkat dua belah tangan hingga nampak ketiak ketika berdoa. Selepas selesai berdoa pula, disyaratkan seseorang menyapu dua tangan ke muka.
Satu perkara perlu dipatuhi ketika berdoa ialah tidak sesekali berdoa dengan nada suara yang tinggi. Sebaliknya, umat Islam diminta agar berdoa dengan penuh perasaan takut, gerun, mengakui kehebatan dan kebesaran Allah serta khusyuk kepada-Nya.
Meskipun waktu dan keadaan berdoa sudah dipatuhi, masih ada doa yang tidak dimakbulkan Allah. Ia berlaku apabila seseorang berdoa tetapi dalam masa sama masih melakukan maksiat kepada Allah. Pengajaran daripada kisah Ibrahim bin Adham, seorang ahli sufi cukup untuk menjelaskan kenapakah doa seseorang masih tidak dimakbulkan Allah.
Ketika berada di tengah pasar Basrah, beliau disapa sekumpulan pemuda. Mereka bertanya Ibrahim, mengapa doa tidak dimakbulkan Allah pada hal selalu berdoa.
Ibrahim menjawab doa itu tidak dimakbulkan kerana hati mereka buta (mati) berpunca daripada 10 perkara iaitu:
Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya.
Kamu sangka bahawa kamu cintakan Rasulullah, tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
Kamu membaca al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
Kamu makan nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukur-Nya.
Kamu berkata bahawa syaitan itu musuh, tetapi kamu tidak menentangnya.
Kamu berkata bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya.
Kamu berkata bahawa neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
Kamu berkata bahawa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia baginya.
Kamu bangun daripada tidur, lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia tetapi kamu lupakan keaiban kamu sendiri.
Kamu kebumikan mayat saudara kamu, tetapi tidak mengambil iktibar daripadanya.
Sehubungan itu, umat Islam perlulah sentiasa berdoa kepada Allah dengan mematuhi segala syarat ketika berdoa.
No comments:
Post a Comment