Ini Cerita Najwa .: Engkaulah Pelita Ku..

Engkaulah Pelita Ku..

Photobucket

Hai semua!

Hari ini adalah Hari Guru. Korang dah wish dekat semua cikgu-cikgu? :)

Erm, cikgu eh? Apa yang boleh katakan fasal guru? Mungkin rata-rata pelajar akan merasakan bahawa guru ialah seorang yang Penyibuk, bajet *guru displin*, tak berhati perut, garang, menyampah dan sebagainya. Aku tahu kat dalam sekolah PASTI ada salah sorang cikgu yang korang akan benci dan memberikan nama gelaran KHAS untuk cikgu korang yang ter"sayang" tu.

 Macam mana aku boleh tau? Ehem-ehem. Biasalah, aku kan pelajar.. Dan yang paling penting aku pun pernah buat semua tu.

Kalau korang nak tau masa aku sekolah rendah, aku merupakan pelajar yang nakal. Suka buat jahat tapi tak pernah kenakan cikgu pun cuma MENYUSAHKAN je. Haha. Okey, itu aku mengaku. Itu masa sekolah rendah, tapi bila dah masuk sekolah menengah.. Aku jadi budak baik, tapi masalah displin tetap ada. Aku selalu datang lambat. =,="

Bila dah selalu datang lambat,cikgu mesti marah dan ugut nak panggil  parents aku. Aku memang menyampah gila. Sikit-sikit je panggil mak bapak. Tak ada orang lain ke?? Pastu bila aku tak siap homework, mula dia nak tulis dekat buku displin dan bagi amaran itu ini. Kat sekolah ini berapa amaran yang cikgu nak bagi??
Pastu bila aku tak datang sekolah, sibuk pulak dia tanya asal tak datang, mana surat. Penyibuk gila!!  Ishhh.. Geramnyaaa!!


image

Cikgu..



Pernah korang rasa macam ni?


Kalau korang pernah, its mean korang memang seorang pelajar ! Haha. Mengaku je laa ^^ Okey,
Apa yang aku nak tulis kali ini bukanlah untuk mengajar pelajar - pelajar untuk mempunyai perasaan ini pada guru. Diterapkan dalam diri? Jauh sekali.

Apa yang aku cuba katakan  kat sini ialah.. Sebenarnya, apa yang cikgu cuba lakukan pada diri kita termasuklah aku adalah untuk membimbing kita untuk menjadi seorang manusia yang BERKUALITI, BERDISPLIN, BERJAYA dan BERILMU. Macam mana? Jawapannya, melalui apa yang korang benci tu.



Mungkin masa kita di alam remaja, kita masih lagi tak perasan sebab kita dalam proses pembesaran , dimana mulanya sikap tak suka dikongkong dan memberontak..

 *Muka bila kena marah atau  tegur*
image

Tapi, bila kita sudah dewasa, disaat itulah baru kita
tahu apa tujuan sebenar cikgu buat kita macam tu. Segalanya adalah untuk kebaikan kita sendiri! Pada masa tu, korang baru akan benar-benar menghargai seorang cikgu.  Am I right?

Jika ibu adalah ratu hati, maka cikgu merupakan pelita dalam hidup, dimana dia membiarkan diri dia terkorban asalkan kita terus bernyala dengan ilmu dan bernyawa dalam menjalani kehidupan. Bagi aku, pengorbanan cikgu cukup besar dan bermakna. Seperti yang korang tahu jugak, cikgu merupakan ibu kedua kita. Jadi, hargailah mereka selagi masih ada. Cuba lupuskan segala perasaan benci tu dan berfikirkanlah untuk kebaikan kita. Bak kata pepatah " buang yang keruh ambil yang jernih" . Dan ingatlah, cikgu adalah satu-satunya orang yang tidak akan dengki apabila korang berjaya.
'
P/s : Cikgu Terima Kasih Kerana Telah Mengajar Saya Dan Pengorbanan Cikgu, Saya Amat Menghargainya. I Love You & Selamat Hari Guru. :)

image
image


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

2 orang doakan saya dapat 9A! :D :

FiekaOnie said...

actually, senakal mana ponn kita kat sekolah, slalu kena marah apa semua tapi bila dah habis sekolah tu semua jadi kngan manis :)

Najwa Zahari said...

yeah, agreed that. Ni adalah tahun terakhir saya bersekolah huhu. Gonna miss all T.T

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen