Ini Cerita Najwa .: Kenapa ketika Azan kita perlu Senyap?

Kenapa ketika Azan kita perlu Senyap?

Photobucket

Haii~ Helloo semua pembaca tercinta ^^

Pernahkah korang mengalami situasi sebegini..?

Suasana kelas tersangat bising sehinggakan cikgu tak boleh kawal. Korang pulak 2 x 5 je. Tengah syok-syok borak tiba-tiba azan berkumandang.



 Tapi, orang still lagi bercakap then ada sorang kawan korang marah korang and cakap "Shhhhh.. Diamlah azan!", 

Korang pernahkan? Erm, korang pernah tak terfikir kenapa kita perlu senyap ketika azan? 
Dulu, masa kecik aku pun.. Aku pernah tertanya-tanya jugak kenapa. Jadi, aku tanyalah kakak aku.. Then dia cakap tu tandanya kita menghormati Azan. Oleh kerana, aku dah  tau sebabnya jadi aku tak banyaklah songehnya.

Aku ingatkan sebab tu je tapi bila aku dah semakin meningkat dewasa, aku jumpa banyak benda dan mula membuat research itu ini.. Hasilnya. Aku terjumpa ini. 

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa 
kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan ’sakaratul maut’.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: “Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan
berkumandang. 

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.

Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah “Lailahaillallah. .” yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. “Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah “Lailahaillallah. .” semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal a’lamin..”

::Sama-samalah kita muhasabah diri,wa'allahua'lam..::

Subhanallah, rupanya banyak lagi aku tak tau. Daifnya aku ni..

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

2 orang doakan saya dapat 9A! :D :

Husna Humairah said...

Takpe. Belajar sikitp-sikit ;)

DilaMilin said...

salam,
member saya pernah tegur klu kita tengah tidur ketika azan, kta kena bangun. xbaikkan kita tidur ketika azan.. :)

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen