Ini Cerita Najwa .: Saat Memalukan =,=

Saat Memalukan =,=

Photobucket

Pernahkah anda mengalami situasi sebegini sewaktu di sekolah?

Pada hari yang begitu indah, anda berseronok menjungkit-jungkitkan kerusi kesayangan anda . Walaupun telah di tegur oleh guru-guru namun anda tetap meneruskan keseronokkan tersebut. Sampailah di satu tahap di mana anda berjungkit terlalu kuat sehinggakan anda TERJATUH seperti NANGKA BUSUK. Rakan anda terkejut, cikgu anda terkejut, budak-budak di kelas sebelah juga terkejut malah orang yang lalu lalang juga terkejut dengan bunyi yang anda baru hasilkan sebentar tadi. Suasana menjadi sunyi. Hanya kipas kedengaran. Sehinggalah... HAHAHAHAHAHA!!! Satu hilaian yang menyakitkan telinga dan hati anda kedengaran. Hilaian dari para penonton dan rakan anda yang begitu seronok mengelakkan anda. Wajah anda dengan tiba-tiba terus berubah menjadi merah dan panas. 


Dengan berasa malu anda terus menangis atau.. ataupun anda mungkin juga bangun dengan muka selamba sambil tersengih-sengih.




 Oh oh, boleh juga anda berasa marah pada rakan disebelah anda kerana mungkin dia punca kejadian memalukan itu berlaku. LOL


Hahhh.. Pernah? Good, good nasib baik pernah sebab topik aku hari ini adalah saat memalukan.

Aku yakin dan sangat yakin.. Kita semua pernah melalui saat memalukan ini kan. Tak ada seorang pun kat dalam dunia ni yang belum pernah rasa pengalaman ni. Benda ni WAJIB bagi seorang manusia dalam menjalani sebuah kehidupan yang penuh dugaan ini. # mood poyos

Erm, pe lagi ek. Ahh, pape pun baik aku straight to the point je lah. Pecah otak aku dok memikir apa nak tulis ni. Hewhew :)

Pernahkan anda melalui saat memalukan seperti ini..??

image

  • Tiba-tiba ditegur oleh seseorang yang tidak di kenali dan orang itu berkata " Err, dik.. Zip seluar adik tak ditutup"
  • Korang kentut dalam kelas and bunyi kentut tu agak kuat.
  • Korang berjalan then tersepak batu dan terjatuh..
  • Tersalah masuk kelas @ tuisyen @ tandas
  • Kawan  korang kata kat korang dengan nada yang kuat " Weh, seluar kau koyak. Besar gila dohh.


  • Kena marah dengan mak/ayah kat shopping complex :'(
  • Tido kat kelas then banyak air liur terkumpul dan kawan anda ternampak.
  • Tengah syok-syok bercakap dengan kawan suddenly air liur korang terpercik kena pulak kawan korang tu.
  • Terpijak tahi depan orang ramai
  • Korang menjerit-jerit panggil  kawan korang dari jauh tapi bila dah dekat rupannya dia bukan kawan korang. 
  • Pernah korang macam ni?? ------------>> 
image
  • Pakai baju terbalik.
  • Pakai kasut lain-lain. 
  •  Cili tersekat kat gigi korang pastu susah nak keluarkan dia. 
  • Kalah dengan budak kecik. Dia lagi pandai/kuat dari korang.
  • Kena buli dengan budak kecik yang nakal. 
  • Terjatuh kat tangga.

Ahh. yang lain korang fikir lah sendiri ~ Hehe.  ^^ Enjoy !








Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

4 orang doakan saya dapat 9A! :D :

San said...

http://www.facebook.com/pages/Junkie-Closet-PRELOVED/472425362785431

iena_mieyna ^^ said...

hahaha..bab jatu tergolek dari kerusi tu pernah..time skolah rendah ar...10 years ago..kuang3..pernah nak tersadung jatuh depan post guard lepas kerek2 dgn guard yg marah sbb x pakai matrik kad..hadeh... -.-"

shafiqabdshukor said...

alhamdullillah..
x pernah lah terjadi kejadian2 kat atas tu..

Outbound Malang said...

kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
semoga menjadi semangat .. :)
Ingatlah selalu bahwa tekad Anda untuk sukses lebih penting daripada yang lainnya.

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen