Jom tingkatkan followers sampai lebam!

Photobucket





Nak dapatkan follower sampai lebam lebam? Mai join sini dengan den :3
HAHAHA

Follower terkini :  441


P/s : Thanks for following and supporting !Love you much much , lol :D

Course Apa Patut Aku PILIH, Abah Mama??!

Photobucket

Salam semua sahabat sahabat handaiku, salam sayang buat blogger tercinta~ Apa khabar?
Dah mandi ke belum.. Huihh! Dari sini dah bau busuknya~ Tapi demi cintaku kepadamu, akan ku tahan sahaja baunya. *muntah pelangi*

Haha, okey.. Dah sebulan lebih aku duduk rumah. Tak tau nak buat apa.. Nak kerja pun tak dapat terpaksalah jadi penganggur yang TER OWESOME di rumah =,="  *haha highlight sikit, kasi semua nampak. Huahaha!*

Aku sebenarnya ingat nak cari kerja lagi kat area area rumah aku ni, tapi apakan daya.. Bapak aku ada pulak plain baik punya buat aku. Dia nak suh aku pergi sekolah balik and amik foundation MINGGU DEPAN!!



Urghh.. Aku serius taknak! Huhu.. Sebenarnya aku okey je kalau nak sambung belajar tu.. Tapi, masalahnya sekarang aku tak tau nak amik course apa. Aku bukannya cerewet, tapi aku naklah amik course yang kena dengan aku, kang aku salah pilih, tak ke frust menongeng aku nanti..

image

Tak fasal fasal masuk tv aku nanti.. Pelajar frust belajar ber Gangnam Style di pusat bandar KL.



LOL.

Erm,, aku adalah jugak fikir cara lain untuk mengelak perkara itu terjadi, aku amik keputusan untuk bertanya  pada orang yang lebih berpengalaman pasal course couse yang ada. And Finally!! Aku dah tau nak amik apa~ Aku ingat nak amik course MASCOM~~ Sebab aku banyak bercakap and suka bercakap cakap cakap cakap dan cakap~

image

So, aku cubalah berunding dengan perunding terhormat kat umah ni iaitu mak aku fasal course yang aku nak amik. Then mak aku cakap "Tak payahlah.. Course tu pun kena banyak membaca jugak, kau tu malas menbaca! Haihh.. apa yang rajin pun aku tak tau *(senyum sinis) <---- okey ini tak pasti, hehe*"

Lepas dengar ayat mak aku tu..  Reaksi aku terus berubah dari ini.

image

terus ke INI

image

OH MY GODDDDDDDDD

6 CIRI LELAKI YANG BERKUALITI

Photobucket

Hello :)

Hari ini aku nak tulis tentang ciri ciri lelaki
 yang berkualiti dan yang paling diimpikan oleh setiap wanita dalam mencari pasangan hidup mereka.

So kiranya entry kali ini KHAS UNTUK KAUM "LELAKI", "ADAM", "MEN",  dan sewaktu dengannya. hoho


Sir Andios, mewakili lelaki seluruh dunia. HAHA *tetiba*
*Aiceh, wawa! Baru habis sekolah dah poyos macam ni kan?*


Hehe, takdelah.. Entry kali ini adalah sekadar ingin berkongsi ilmu sahaja. Tidak ada kena mengena dengan soal mati ataupun hidup. Jangan risau, selamat untuk dibaca.. Tak kena denda~ Haha. Mungkin bagi para jejaka yang ingin mencari tulang rusuk kirinya yang telah sekian lama menghilang, anda bolehlah mengetahui bagaimana untuk  menepati ciri ciri yang diminta oleh peminjam tulang rusuk kiri awak tu. 

Hik hik, Segan pulak baca :D


*Please dont  kewaste our time Wawa -__-"* Suara hati anda didengari~

Hehe, baiklah~ Okey so.. 





  • Mempunyai Kerjaya Tetap


Kerjaya lelaki adalah asas utama wanita dalam memilih pasangan hidup mereka. Lebih tinggi pencapaian, kerjaya, pendapatan  dan masa depan yang lebih cerah.. Lebih high class anda di mata para wanita.
 Ini bukan bermaksud wanita ini suka mengejar kekayaan ke apa tetapi mereka cuma berhati hati dalam menetukan masa hadapan mereka. Sekiranya anda tidak mempunyai pekerjaan tetap, bagaimana anda ingin menyara keluarga anda kelak? Ye dok?? 


  • Berfikiran Matang 
Wanita tidak suka lelaki yang tidak mampu memberi buah fikiran yang terbaik disaat mereka memerlukan anda sang jejaka hensem hensem sekalian. :D
 Dalam hal ini anda harus matang, jangan menjadi terburu buru dan  kebudak-budakkan dalam melakukan sesuatu perkara khususnya dalam membuat keputusan.

  • Mampu Menyelesaikan Masalah.
Masalah memang menyusahkann dan mengusutkan kepala tetapi para lelaki telah diberi kelebihan  untuk menyelesaikan dan berdepan dengan masalah lebih baik berbanding wanita. Jadi, berdepanlah dengan masalah dan selesaikan dengan sebaik baiknya. Tunjukkanlah kebolehan anda itu! Dengan pastinya saham anda di mata wanita sangat tinggi.

  • Urus Masa Dengan Baik
Ramai lelaki tidak mampu menguruskan masa mereka sendiri. Banyak masa dibuang begitu saja dengan melepak, berborak kosong di kedai mamak, merempit, mengurat awek dan sebagainya. Ia merupakan satu tindakan yang kurang bijak ya kaum lelaki? 
Sikap seperti inilah yang harus dihindari supaya anda akan dilihat berkualiti dimata wanita. 

  • Setia
Bagi kaum lelaki, anda pasti sudah lali mendengar "lelaki susah nak setia", "lelaki mata keranjang" , "tak cukup satu nak lima", haih.. macam macamlah yang dikatakan oleh wanita sampai pecahlah telinga dan muntah hijau  sebab selalu sangat dengar ayat yang sama je. Saya faham, memang tak semua macam tu..  Tetapi, dalam memilih apa yang terbaik untuk hidup yang seterusnya.. Kita akan bersama seseorang itu untuk jangka masa yang sangat panjang pada masa hadapan, jadi kesetiaan itu amat diperlukan. 
Dan selalunya apa yang kita dapat lihat, kebanyakkan rumah tangga runtuh dan porak peranda adalah disebabkan lelaki tidak setia pada pasangannya.


  • Tidak Bertindak Ganas
Lelaki sering dikaitkan dengan sikap panas baran. Namun, memukul wanita adalah perkara yang tidak boleh anda lakukan. Kalau tangan dan kaki sudah naik ke muka, alamatnya runtuhlah rumah tangga kamuu~ 

Sekarang gentlemens anda semua dah tau apa ciri ciri kualiti yang kaum wanita inginkan.. Ermm.. Apalagi? Berusahalah menepati ciri ciri itu dan buatkan semua kaum wanita didunia ini terpaku 


dan sedar bahawa masih wujud lagi lelaki berkualiti di dunia ini. ~~ Dan yang pasti ANDALAH SALAH SATU LELAKI TERSEBUT! ^^ So , fighting!



'Review blog by Yaya Azura'

Photobucket






Anda ingin blog anda direview? Mudah sahaja! Dapatkan dengan hanya mematuhi 
syarat-syarat ini :

- buat satu entri ringkas tajuknya : 'Review blog by Yaya Azura'
- COPY HEADER BLOG nie dan link kan ke sini
- wajib follow PAGE INI dan juga PAGE INI 

  • Tekan banner untuk maklumat lebih lanjut


Dan Walahh!! Anda telah berjaya menyertai segmen ini. Terima kasih kerana bekerjasama :D

ZyraRoxx's Blogbuster

Photobucket




BOOMM KEBABOMM!!

Macam tulah aku rasa bila aku tengok banner, memang blogbuster habis! Seriusly, first time aku baca blog perempuan yang jenis "taiko", "kak long" ni.. Naik seram jugak baca sebab rasa macam digoda. *Penyepak 5X*

Hoho, blog dia ni serius menarik! Jomlah join okey~ support rame rame yo? Just click kat banner tu eh kalau nak join or nak tau lebih lanjut. :)

btw, aku ada baca satu blog ni.. And dia serius kelakar and unik pemikirannya, boleh dikatakan lain daripada yang lain. Stail dia pun jenis taiko taiko.. Kira geng jugaklah dengan kak long (memandai je namakan sendiri) ni rasanya. Haha.. Boleh tengok kat sini blognya

REVIEW BLOG ABG TAIKOK!

ADIOS!



CONTEST BLOG PALING CANTIK 2013

Photobucket

Wuhuu.. Alhamdulilah, hari ini aku dapat masuk satu contest ni setelah lama aku menghilang. Aiceh poyolah kau ni wawa! Sumpah aku pun dah muak dengan kau! *depan cermin* Tapi, jangan risau.. Benci benci aku  ni pun sayang jugak aku kat kau, yelah diri sendirikan.. Kalau dah diri sendiri pun kau tak sayang, sapa lagi? *jiwang tahap karma* :D


TADAAA!!



Inilah contest yang aku cakap awal awal tadi tuh. Simple je.. Rules dia pun senang. Korang just perlu


*Like mine too okey? <3 * hik hik :D


Well as you can see.. Contest tu fasal blog yang paling cantik right? Yeah.. Korang tengoklah sekeliling blog aku ni. Hodoh yang amat! Tapi kenapa aku still nak masuk? Muahaha!!


 Itu sebab aku tak sedar diri! Dengki! Mengada ngada! Annoying! Menyampahkan! Cantik! Sweet~  dan Comel :3 !!


Hoho. Takdelah.. Aku sekadar mencuba je. Takde niat lain pun. Kalau ada rezeki aku menang, menanglah. Tapi kalau takde, nak buat acano kan? Betui dak?

Akhir kata.. Erm, korang joinlah contest ni ye? Support the owner ni :D Kalau nak join, just click the banner kat atas tu yer? :)






Ermm.. Rindu Zaman Sekolah~!

Photobucket

Salam semua :)

Haaihh.. Semalam hari pertama persekolahan kan, ermm.. kalau aku masih bersekolah.. Mesti aku dah tidur awal pastu excited gila nak pergi sekolah sebab nak jumpa kawan kawan macam ni



and nak sibuk sibuk nak tau kita kat kelas mana. Hoho, bila ingat balik rasa rindu sangat nak bersekolah~~ So its truelah bila orang cakap..



 Tapi, bila dah bersekolah .. Rasa menyampah pulak sebab terpaksa bangun awal pastu balik asyik lambat je. Homework pulak membanjir sepanjang tahun, tak pernahlah nak surut. Pastu cikgu pulak asyik marah tak tentu fasal. So  Frusting and Annoyying! And i was like..




 Benci gila saat saat tu.  Erm, tapi siapa sangka.. Benda yang aku benci nilah, yang aku paling rindu sekali sekarang ni.  Hey! Jangan salahkan aku sebab berperasaan macam ni okey?

image
COULD HAPPEN TO ME! -_-"

Bila dah tak bersekolah ni kan, aku macam takde hala tuju langsung, takde buat apa apa pun selain amik lesen kereta. Pastu nak kerja pulak payah, jauh jauh mak aku tak kasi pergi, dekat pulak hampir semua dah penuh. Langsung takde rezeki nak kerja. Pastu kalau apply kerja pun, takde sapa nak call untuk di interview. Aku rasa macam tak diperlukan pulak..


Sedih tau!!  :(

Hah, sekarang ni pulak. Umah takde air.. Kalau tak bolehlah aku mandi sepanjang hari.. Yelah kalau membuta kena marah jadi kita kenalah cuba benda lain daripada yang lain. Yang tak pernah dibuat oleh anak dara yang lain~ *Amboi! Minta penyepak sangat ni*

Wawa, kau punya cerita terpesong sangat ni. Melalut je kerja kau! Hoho, Sorry sorry..
Huhuuu... Sedihnya, sebab aku dah dewasa..Tapi, aku tetap bangga jugaklah dengan diri sendiri sebab berjaya melalui salah satu peringkat yang paling mencabar dalam hidup ini, haha kau ado budak? *hidung kembang, kening ke atas*. Poyolah pulak. -_____-

Erm, entahlah.. tak kisahlah aku dah dewasa ke belum semuanya sama tapi yang paling penting ialah aku perlu teruskan hidup jugak. Tak kira apa pun yang terjadi, kau perlu semangat wawa~!! Jangan sebabkan benda remeh temeh macam ni, kau rasa rindu ke menyampah bagai, okey? Fighting!