Pencuri hatiku.

Photobucket




Aku tak tau la kenapa.. Tapi, aku suka sangat dengan gambar ni^^ Sangat bagus serta berpengajaran dan sweet gituu :D


Couple islamic :)

Photobucket


Aku cume hendak menyampaikan artikel ini..

Ketika aku tenggelam dalam perasaan, aku ditimbulkan oleh pelampung kesedaran..Ia membawa aku dekat pada-NYA..Aku terdampar di pantai ketenangan...Rasa tenang, lapang dan kenikmatan, mengisi jiwa yang sebelum ini kosong..Aku bersyukur kerana DIA membawa aku kembali pada-NYA setelah aku tenggelam dalam perasaan kasih kepada manusia..Aku terlupa bahawa hanya cinta yang hakiki adalah kekal setia bersama kita...Cinta kepada ALLAH SWT dan PESURUHNYA..
Artikel ini telah menyedarkan aku dan mungkin akan menyedarkan mereka yang lain..Tiada niat untuk memburukkan siapa-siapa, cume menyampaikan...

::..Untuk renungan buat diriku dan sahabat2 sekalian..::


Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.

Beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC".


Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.

 

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. 


Muhammad pun memulakan ceritanya.
"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam.

Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun.

Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”
Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas.

Jadi, renung-renungkan dan selamat beramal :)


Wohoo! Follower yang bertuah sudah ditemui! ^^

Photobucket
Okey, sebelum kita mulakan apa-apa mari kita berikan tepukan gemuruh dahulu~

image

Alhamdulilah! Akhirnya.. Muncul jugak followers yang bertuah ini. Banyak jugak rintangan dan cabaran untuk saya mencapai tahap ini. Apa-apa pun, ucapan tahniah kepada...
    
She Joined this site today :D
with Google Friend Connect

The Lucky Members (250) goes tooo More »


My Photo   

Cik Nur Zafirah Mohamad Radzai kerana berjaya menjadi follower saya yang ke-250!!
Tahniah! Anda baru saja memenangi hadiah berupa wang tunai sebanyak RM 20 seperti yang telah saya janjikan :) Sila tuntut ye. Sila Add saya disini >>>>>> Najwa! Okey, that's all. Pernantianku akhirnya berakhir! Aishh, kenapalah awak lambat sangat muncul? Penat saya tunggu.. hihihi :D

Sekali lagi!
image

hahaha! Hope awak happy seperti ni okey .. ? :DD
image
image
image

Aku Bangga Jadi Anak Malaysia !

Photobucket

Selama 17 tahun aku tinggal dan menjadi anak Malaysia, tapi.. Tak banyak benda yang aku tahu tentang tanah air aku ni. Tapii..


 Setelah bertahun-tahun barulah aku sedar, ternyata tiada lagi negara yang lebih baik berbanding negara sendiri. Memang.. Aku tahu negara kita ni takdelah sebagus negara USA, Jepun, Korea dan negara- negara yang lain. Tetapi, seperti negara yang lain.. Malaysia jugak mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.
 Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang berbilang bangsa. 


Dan yang paling menariknya, walaupun negara kita ni mempunyai pelbagai kaum, bangsa dan agama yang berlainan namun negara kita masih lagi dapat hidup dengan aman sentosa.  Lihat betapa uniknya Malaysia sehingga boleh dapat membuka mata dunia yang  bahawa perbezaan tidak menjadi halangan untuk kita bersama!!

Ya,  Aku tak dapat menafikan kadang-kadang tu. Memang ada berlaku sedikit salah faham antara kita tetapi dari situlah kita mula mempelajari untuk menghormati, dan memahami, budaya - budaya kaum yang lain. Dan dari situ timbullah satu perasaan yang sangat unik yang hanya orang Malaysia saja tahu. Begitu hebatnya, Malaysia. Iaitu tanah air tercinta kita ni.


Aku tahu sekarang banyak benda yang kita tahu dan tak tahu berlaku di Malaysia ni. Banyak juga negara yang cuba mengoyangkan negara kita. Tetapi, aku pasti sangat pasti sekiranya kita masih lagi berpegang erat antara satu sama lain. Sama-sama bekerjasama mengekalkan keamanan negara. Sama-sama bersatu mengekalkan kebebasan negara.. Pasti kita semua akan merdeka untuk selama-lamanya.!


Jangan biarkan ianya berulang lagi.. Setelah pejuang berjuang mati-matian.. Untuk memerdekakan negara ni.. Kita?! Tepuk dada tanya selera.

Okey! Jom kita bangga kan lagu negara kita ni. Hidupkan balik rasa gembira dan bangga menyanyikan lagu Negaraku ni  seperti dulu!!



Ya! AKU BANGGA JADI ANAK MALAYSIA :)



Segmen tambah follower tanpa blogwalking by MD ^^

Photobucket




Joined! :D

Haha, Okey for me, MD.. Rasanya 50 orang dalam satu group pun dah kira cukup la~ :)


Perhatian : AndaDia Dan Kamu telah ditag! :P

Buat Kolam!! :D

Photobucket

Wah, hari kokurikulum sangat seronok! Kitorang buat Kolam~





Bukan kolam ni.. Tapi "kolam" ni~ :D





Sangat cantik. Tapii, aku punya takdelah secantik ni. Nak kata lawa pun, jauh sekali. hehe :D
Haha, walau macammana pun, aku sangat enjoy saat-saat indah iteww :DD

Kita ni bestfriend ke?

Photobucket


Aku dulu ada dua orang kawan baik iaitu Nadia dan juga Izz. Kedua-duanya kawan aku masa aku sekolah rendah. Tapi tak rapat. Just kenal-kenal gitu je la sebab masa sekolah rendah, kitorang kelas berasingan. Sorang ke utara, seorang lagi pulak kat selatan.. Aku..? Erm, dekat-dekat sini je .hikhik^^

Okey. So, bila dah sekolah menengah. Kitorang dipertemukan semula dan malangnya kitorang still tak sama kelas. Walaupun macam tu, tapi hubungan aku dengan Nadia mula rapat sebab kitorang selalu balik sama-sama. Kebetulan pulak, rumah dekat :)

Then Izz datang, muncul jadi pihak ketiga *cehh.. ayat~*.Haha,  Entah tak tau macammana.. Kitorang mula rapat. Selalu balik sama-sama, rehat dan so on. Tapi, betullah kata orang " Kalau dah bertiga, pasti salah sorang daripadanya terpaksa berundur". Situasi tu memang sama dengan aku. Dan yang paling malang sekali, akulah orang yang terpaksa berundur tu. Uhuk~

image

image

*******************CUTS!!********************

Sorry-sorry naik lorry. Okey. Back to the story..  Start from that day, aku selalu dipinggirkan oleh Izz. Izz selalu layan Nadia dengan baik dan mesraa~ Tapi bila dengan aku. Urmmpp..



Tak  yah ceritalah.. =,= Cedey angat T.T. Haha.

Aku bukan saja dipinggirkan malah aku jugak seolah-olah dilupakan! Serius aku cakap time tu memang aku boleh kerja full time jadi HALIMUNAN.!


Muahaha! Aku nampak kau tapi kau tak nampak aku~ Jadi, aku memang cooll :D


Nasib baiklah Nadia dia seolah-olah faham aku, jadi dia cuba nak lebih rapat dengan aku. Tapi,  keadaan tetap sama. Tiada apa yang berubah. Aku tetap tak dapat rapat dengan Nadia selagi ada kehadiran Izz. Malah aku jugak semakin dipinggirkan dan tak berlaku adil oleh Izz. 

Bayangkan laa, situasinya macam ni.: Korang bertiga kawan baik. Kawan korang tu A dan B. Korang memang rapat dengan B pada asalnya. Tapi, A ni tiba-tiba datang di antara persahabatan korang tapii just nak rapat dengan B je. Korang di buat dunno je. Setiap hari A bagi B  hadiah. Setiap hari! Bayangkan lah! Tapi yang paling sadisnya korang langsung tak dapat apa-apa! Lebih menyakitkan, A ni selalu bagi hadiah tu depan-depan korang =.=". Kalau korang. Geram tak?!

Memang kejam. Ini sangat menyeksa aku. Aku pernah jugak tegur dia. Aku cakap kat dia dengan nada sedih *aiceh2* " Izz, awak asyik bagi hadiah kat Nadia je. Awak tak pernah pun bagi kat kita"  then dia pun jawab "Ohh, okey.. Esok kita bagi awak okey? ".

Esoknya dia memang bagi. Tapi yang paling tak tahannya, dia bagi Nadia bekas tempat letak pensil yang dia buat khas untuk Nadia. Tapi aku? Dia just bagi kapur bentuk bear pastu dia sempat lagi cakap "Nanti awak kaler la sendiri. Or kita ajar awak warna dia  okey?",

Tahap kesakitan aku memang dah mencapai tahap maksimum. Cukup maksimum. Aku kalau boleh nak je sepak dia. Serius. Tapi, aku memikirkan apa yang dia bagi ni dah kira cukuplah tu. Sekurang-kurangnya ada. Tapi, sejak dari tu aku memang tak boleh nak anggap dia kawan baik aku, bahkan sahabat pun jauh sekali.

Setelah 4 tahun berlalu, barulah aku tersedar.. Yang izz berkawan dengan aku ni bukan sebab ikhlas. Tapi terpaksa. Dia cuma nak berkawan dengan Nadia je dan bukannya aku...

Conclusionnya : Kita memang bukan kawan. Kita jugak bukan musuh. Tapi, kita berdua just tak dapat nak menerima satu sama lain. :))

Okey. Aku Blur!

Photobucket

Petang tadi, masa aku dengan kawan-kawan aku dalam perjalanan nak pergi balik sekolah lepas pergi seminar dekat kolej U-YPC kot. Kalau tak salah laa.. Dari kolej nak ke sekolah aku. Boleh tahan la jugak jauhnya. Dalam 5 Km  jugak la.. Memanglah boleh jalan kaki tapi masalahnya kitorang dah kesuntukkan masa. Mula-mula plan nak naik teksi tapi memikirkan lebihan penumpang buatkan kitorang berubah fikiran. Then, cadang pulak nak naik bas. Tapi disebabkan aku dengan kawan aku dah pernah ada pengalaman menunuggu bas macam penunggu.Memang taklah! Jadi kitorang terus lupakan. Fikir lagi. Akhirnya semua sepakat nak naik tren. Kebetulan, Tren pulak jauhh~ Panas pulak tu. Aduhh.. Serius aku cakap belakang aku ni basah gila. Boleh perah rasanya =.=" Haha!

Okey, sampai kat tren kitorang beli tiket. Aku duk sebelah tapi jadi  penonton kepada kawan aku yang tengah sibuk beli tiket kat kat touch screen. Lepas semua tempat tujuan habis dipilih.. Akhirnya masukkan duit pulak. Yeah bebeh money time! :D

Tengah sibuk Kawan aku  masukkan duit.. sepuluh sen.. Seringgit.. seringgit.. *semuanya 7 ringgit lebih*
Tiba-tiba ada baki lagi yang tak bayar. Aku pelik so aku pun cakap

Aku : Eh, lagi 1.20 laa
Kawan aku : Weh, siapa lagi tak bayar? *kuatkan suara sikit*

Orang kat belakang pulak dah berehem-ehem sebab lama sangat. Aku tengok kawan-kawan aku. Semua tertanya siapa yang tak bayar. Semua tanya pada kawan masing-masing.  Tiba-tiba baru aku tersedar.. aku tak keluarkan satu sen pun lagi! Jadi Dengan pelahan dan malu aku pun jawab.

"Kitaa.~ ....heheh"  

kawan aku yang lain semua gelakkan aku sambil merungut + marah sayang kat aku. Hehehe :D Serius blurr oh! xD Sorry guys! haha!

Latihan Menembak vs Seminar!

Photobucket

Yahooo! Yeah2! Aku akan pergi menembak~ Bang-bang-bang~! Haha. Excited ni! Okey, Alhamdulilah satu hari yang memenatkan dah pun berlalu. Ya Allah semalam penatnya. Ra Rabbi. Serius aku tak larat.
Semalam aku diuji untuk membuat pilihan antara untuk teruskan di Seminar atau Latihan Menembak.

 Semalam aku pergi seminar pengurusan masa dan matematik untuk tingkatan 5 bersama DR. ISMAIL ZAIN. Serius best gila! Dah la tak boring pastu pengisian dia pulak sangat bagus dan terbaik! Kelakar pun kelakar jugak~ Serius aku cakap ni seminar yang paling best pernah aku pergi!! :D




Tapi, masalahnya.. Latihan menembak juga pada hari yang sama! Kalau menembak ni tak best dah lama dah aku tarik diri! Takdelah cerita konflik kat sini~ Haishh.. Dah la menembak tu best! Aku pulak jenis orang yang sukakan extreme2~ Lagipun, pengalaman nak pegang dan tembak menggunakan senapang M-16 tu  cuma sekali atau dua kali dalam seumur hidup je kan


Jadi.. Siapa yang tak nak kan?? 

Lainlah kalau setiap tahun buat, aku tak pergi setahun pun takpe. Baik aku pergi seminar tu je. Habis story! But the problem is kedua-duanya tak selalu ada! Peluang untuk ada tu selalu tipis~ Huhuhu.. Aku confused! Walaubagaimanapun, keputusan telah di buat.. Akhirnya aku.. Memilih untuk pergi latihan menembak..~

 Aku tak dapat nak teruskan seminar  tu dan terpaksa pergi ke IPD Dang Wangi untuk buat latihan menembak. Sejujurnya aku tersangatlahh rasa sayang untuk tinggalkan seminar tu sebab seminar tu bestt sangat-sangat! Haisshh.. Rasa rugi pulak. Tapi kalau tak pergi latihan menembak pulak.. Minggu depan aku tak dapatlah pergi menembak betul-betul! Haishh... ujian-ujian! =,="

Tapi takpe, aku sangat yakin mesti ada hikmah disebalik semua ni! Sangat yakin! :)

Berubah ke tak ni?

Photobucket


Setelah aku menyertai Segmen abang Ben " Ben Ashaari Tanya Kau berani Kritik Blog Aku Tak?", alhamdulilah banyak comment yang agak memberansangkan. Ramai yang kata blog aku dah okey cuma ada beberapa masalah sikit yang PERLU DIPERBAIKIKAN. Apa dia? Jom check it out~!
  

    dyabunga said... 
    apa kata tuka font..agak susah nk baca..huhu  ^^

    Nurul Aisyah said..
    lagu dia agak bising la.

    Qarr Jalil said... 
    Assalamualaikum..saya rasa blog awak dah cukup comel.cume kadang2 lagu 2 agak menannoying kan.hehe..

    SuparMan SuaRez said... 
    Blog archieve buat dlm scrool bar lagi better nampak kemas..Heee

    Pka Rahim said..
    kecik kan sket body blog adik ni.cam lebar sgt je. hehe :)



    Jadi, setiap teguran tu aku cuba untuk ubah.. Jadi korang boleh tengok sendirilah apa yang telah aku ubah. Yang paling ketara yang korang akan perasan ialah TIADA LAGU. Huhu. Sebenarnya semua aku dah buat kecuali  satu je..  Ubah font. Aku tak tukar pun. Aku just besarkan font je. Kalau korang perasan laa. Sebenarnya aku tak tau la nak tukar font apa. I mean font yang sesuai dengan blog aku. Seriusly, no idea. =,=. Any suggestion? Please tell me :) Thanks!


    P/s : macam tak berubah kan? hehe :D




    BEN ASHAARI TANYA KAU BERANI KRITIK BLOG AKU TAK ?

    Photobucket


    BEN ASHAARI

    Berikan sebab kenapa anda nak blog anda dikritik ?

    Setiap manusia ada kekurangannya. Samalah jugak dengan blog aku ni. Jadi aku nak tahu apa kekurangan dan kelemahan yang ada dalam blog aku ni. Jadi bila dah tau.. barulah blog aku boleh  diupgradekan . Dalam erti kata lain memperbaiki kekurangan tersebut ^^ Jadi, kritik betul-betul yea? :D

    PERINGATAN ! :
    Dilarang sama sekali , mencaci maki , mengkritik di luar batasan dan tidak berasas dan elakkan dari menyakit hati empunya blog. Jadilah pengkritik yang bijak dan bersopan .. - Ben Ashaari :)

    Kelebihan Solat Jumaat :)

    Photobucket


    Penghulu Segala Hari

    Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.

    Kelebihan Hari Jumaat
    Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu 
    1)  Allah ciptakan Adam , 
    2)  Allah turunkan Nabi Adam  ke bumi,
    3) Allah mematikan Nabi Adam, 
    4)  Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram. 
    5)  Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
    ( Riwayat Hadis Muslim)
    Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: 
    “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).

    Kelebihan Solat Jumaat
    Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran ALLAH daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
    Selain itu, hari Jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.
    Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”
    Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.

    Malaikat Turun ke Bumi
    Setiap hari Jumaat, Allah S.A.W  mengutuskan  malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.
    Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”
    Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

    “ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”


    Kesimpulan
    • Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.
    • Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
    • Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.

    Sumber:  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (YAKIM)
    Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM)