Luahan hati.

Apabila hati ini dilukai,
Hanya tuhan saja yang mengetahui.
Apabila hatiku disakiti,
Ku dapat meluahkannya..
Hanya di dalam mimpi.

Kau kata..
hati kau itu disakiti dan dilukai,
Di atas semua perlakuanku selama ini.
Kau tak tertahan lalu kau mencaci diriku.
Tanpa rasa bersalah, dan terus kau berlalu.
Apa salah ku? Sehingga ku di perlaku sebegini?

Aku sedar..
Aku ini bukan manusia sempurna.
Seperti yang kau harapkan..
Yang bisa memahami dan mengetahui segalanya.

Ya, benar.
Aku bersalah atas segalanya.
Kerana tidak pernah mencuba untuk menjadi sahabatmu yang sebenar,
Tapi, kau tak layak untuk menghukumku sebegini rupa,
Kerna kau juga tidak sempurna!

Aku berasa bersalah di atas perbuatan ku,
Aku juga telah mencuba sedaya upaya,
Membuat kau gembira,
Walaupun aku tahu yang akhirnya..
Aku pasti terluka.

*This is 4 for someone special in my life,and  it feel so pain when this person act like i'm the one who made all this stupid mistake.And fine, buat lah sesuka hati awk, i don't even care about u anymore! I'm so tired and sick 4 all this shit thing! Goodbye!*

Kata -kata semangat!

Jika kamu berdoa dan Allah kabulkannya,tandanya Allah sayang kepadamu.
Jika kamu berdoa dan Allah lambat kabulkannya, tandanya Dia sedang mngujimu.
Dan jika kamu berdoa dan Allah tidak kabulkannya, tandanya Dia merancang sesuatu yang lebih baik untuk dirimu... :D

!Seperti yang kusangka

Salam semua! Omg,Omg.Omg!! Semuanya dah pun terjawab pada 25/6 hari tuu. Ya. seperti yang aku sangka. Memang SEPAH la JUUUUARAAA...NYA!! Haa, semputt!  Haha. Tak sangka pula apa yang aku harapkan semuanya jadi kenyataan~ Congatulation Sepah, teruskan dengan lawak2 korang yang "Baik Punyaa" tu. You all memang the best of the best la!!
Seriously aku cakap,  kalau aku teringat je lawak2 korang mesti aku tergelak gila2 tanpa sebab. Sengal =,="
Anyway, aku rasa happy sangat dengan kemenangan Sepah ni! Untung ohh bawak balik 350 ribu tuu~~! Cayalah korang! :D


Title Maharajalawak dimenangi olehh..
BUJANG SEPAH! Wohhooo~

Disebabkan Jozan  naib johan dan Nabil pulak ditempat ketiga.. Diorang tak puas hati, so korang Cube tengok diorang cakap apa semasa di interview dibelakang pentas. XD (nie tipu,tipu,tipu punyaa)




Contest pertamaku!

Salam semua! Wohooii~~ (gaya miang miang sikit) hehe..:D <------- MOTIF?

Haha, okey. Hari ni aku telah join satu contest! For the first time aku join benda-benda macan nie. Tak sangka lak rasa seronok. Haha. (Sengal.)
Aku dapat tau contest ni daripada blog Abg Wan. (Okey, aku tak tau nak panggil dia apa, tapi yang pasti dia lagi tua dari aku :) ) Lepas, aku baca dia punya blog,  aku jadi terus berminat. Nak tau contest apa?

Photobucket
Haa. tu  diaa. mai dahh~~
Haha, comelkan?  Erm, pastu aku pun p la melawat tuan punya blog yang buat contest ni. And ikut syarat-syaratnya. Agak senang la jugak syaratnya. Lagilah la aku sukaa~! :D Apalagi ek, ohh lupa! Aku dikehendaki mentag empat orang so, aku nak tag nama.. Zetty,.Huda dan jugak Aleesa! :D Lagi seorang aku tak tau la nak tag sapa :'( Cincai, kira pas la ni ek :)

Penentu! Tak lama lagi~

Salam semua~! Penentu? Tak lama lagi? Apaa semuaa ni??!!
Hahaha. Nak tau? Okey, kali ini aku nak kongsi sikit fasal "MAHARAJALAWAK". Huu.. Minggu depan dah nak final dah kan? Erm, korang rasa siapa yang korang sokong and patut menang?
Pada pendapat aku la kan, Sepah memang boleh menang. Sebabnya, lawak diorang tak merapu, jalan cerita pun selalu bagus, boleh difahami dan menarik. Aku suka :)


Nampak tak? Nampak tak rupa orang yang akan JUARA? kehkeh.
Erm, lepas tu aku rasa JOZAN akan naib juara! Sebabnya, diorang punya lawak macam biasa-biasa jek. Ada up and down. Cuma baru-baru nie diorang punya lawak gempak gila. Agak la. :)

Okey, aku ngaku korang memang lawak! :D

Ha, cakap siapa yang akan dapat tempat ketiga ni sebenarnya agak keliru jugak nak letakkan siapa. Tapi, aku dah dapat jawapannya lepas aku tengok lawak mamat nie lepas minggu ke 10. Jengjengjeng! Tempat ketiga jatuh kepada satu-satunya peserta solo kita iaitu Ahmad Nabil Ahmad! Wohooo~!

Pelawak solo yang terbaik!
Pada pendapat aku sebenarnya Nabil ini sememangnya pelawak solo yang paling berani dan juga terbaik. Kenapa? Okey. Aku bagi satu contoh la. Korang rasa lawak Johan akan menjadi tak kalau xde Zizan? Sama jugak dengan peserta lain bahkan Spongebob pun memerlukan Patrick untuk jadikan lawaknya lebih menjadi. Kalau takde partner? Jawapannya sama macam lawak bodo yang dicipta oleh Amir :) Last-last korang yang tengok dia gelak dengan lawak dia sendiri. Haha.!

Dan tempat ke4, dimenangi oleh..
Lawak sengal2 banyak. Hee, tapi takpe coz aku mula suka :D

Okey, semua yang kat atas ni bukannya keputusan yang betui2 punya. Ni adalah pendapat aku sahaja atau boleh dikatakan sebagai harapan :)




Budaya Barat semakin berleluasa.!

Salam semua! Oh, hari ini ada cerita lagi~! :D
Hari ni aku nak la cerita sedikit fasal budaya Malaysia yang semakin *tooottt*
Okey, apa yang aku akan tulis ini berdasarkan apa yang aku nampak.. Aku tak reka cerita, k? I'm just tell the the truth. If sesiapa yang terasa, its not my problem.Bak kata orang "Siapa yang makan cili, dia yang terasa pedasnya",  Right?






Ermm, berdasarkan apa yang aku nampak la, budaya ketimuran yang ada kat Malaysia ni  aku rasa dah semakin hilang. Sedikit demi sedikit. Banyak dah aku tengok orang yang mula colour kuku and yang pakai tudung tapi kaler kuku pun ada jugak, rambut, pakai seluar pendek, pakai baju yang macam tak cukup kain, baju ketat. I mean makin ramai. Yup, aku mengaku kalau korang buat macamtu memang nampak lawa/handsome and lain daripada lain la, tapi this is Malaysia.

If you're Chinese or Hindu. I can accept that.  But if you're muslim, 100% aku takleh nak terima langsung. Sebab apa? Sebab kita dah diajar apa yang haram dan halal, apa yang tak boleh dan yang boleh. Aku tau yang aku ni pun tak sempurna nak jugde orang. Tapi, aku tak menilai orang. Aku CUMA cakap apa yang aku NAMPAK. See?  Dua perlakuan yang berbeza.



Okey la, aku tau yang kita berada dizaman yang moden, kena pandai bergaya and tak nak la ketinggalan zaman kan? Fine, aku faham. Tapi, bila dah masuk bab ke arah ini.

Seriusly aku cakap yang perkara ni langsung tak boleh diterima! This is Malaysia guys, not UK, AMERIKA, NEW YORK, or someting!
Disebabkan perkara2 macam nie la orang yang bukan Islam tak respect orang islam langsung, sebabnya ramai orang kita yang membuatkan agama islam ini lebih kurang je dengan agama yang lain. Terus terang aku cakap, aku sedih dengan apa yang tengah berlaku kat Malaysia sekarang ni. Aku harap kita semua dapat amik iktibar daripada bencana tsunami yang berlaku kat Aceh dan baru-baru ni kat Jepun. Korang tak takut ke kalau Allah  bagi perkara macam tu kat kita semua?
Aku harap... Kita akan menjadi umat islam yang sejati pada masa yang akan datang. Mudah-mudahan. Aminn :D

Ceaser dah kenal siapa aku!

Salam semua! How are u today guys? Chewaaah, berspeaking-speaking! Malu la nak speaking, BI hancuss la.. hehe :D

Oh, yea.. Korang mesti tertanya-tanyakan siapa Ceaser. Alahh, aku tau lebih-lebih lagi kalau perempuan. Mesti akan tanya "Mat Saleh ke?", "Hensemm ke?" kat dalam HATI. Elehh, kantoii.. Aiceh, nak cover lak. :D
Sorry yea girls, I terpaksa memusnahkan bayangan jejaka yang berada kat dalam fikiran korang tuu. Sebab sebenarnya Ceaser nie bukanlah seorang manusia, cuma seekor

SUGAR GILDER yang comel! hehe..
Sebenarnya Ceaser nie dah berapa bulan dah duduk gan aku, tapi tak baik-baik jugak dengan aku. Menyampah! Harap jea muka comel tapi sombong. Pegang sikit "ngekngekngek" (bunyi dia bila dia marah).
Pastu yang paling aku tak tahan sekali, bila aku pegang je dia.. Dia mesti akan buang hadas kecil dia tu, kalau wangi takpe la jugak tapi ni x! Erm, bau =,=".  Tapii Tuu, cerita dulu.

Sekarang, aku dengan dia dah okey. Bila aku panggil nama dia jek, dia terus keluar. Mesra la jugak dengan aku sekarang. Siap main gigit2 jari lagi dia dengan aku. Ahh, sukanyaa! :D
But,anyway.Hubungan aku dengan Ceaser takde la sebagus mamat ni.



Bestkan? Arghhh. JELOUSNYAAA! =,="
Sorry, i'm not in the mood.(alahh, emo gila kot!)hehe:D

Renungkan.

Assalammuailaikum! Bertemu kita kembali :D


Tajuk kita hari ini adalah kes pembuangan bayi. Setiap kali kita baca surat khabar, mesti ada 1 atau 2 artikel tentang mayat bayi yang dibuang oleh "PARENTS" diorang sendiri. Bukan setakat dibuang,direject mentah-mentah, malah.. Ada yang dibunuh,ditinggalkan,dicampak,diflush dan dibakar pun ada! Subahanallah!
Senangkan haiwan yang takda akal dan fikiran pun pandai sayangkan anak apatah lagi manusia?
Bukan ke Allah dah ciptakan manusia dengan akal dan fikiran yang cukup sempurna? Jadi kenapa? Apa masalahnya sampaikan tergamak  membuang dan membunuh bayi yang tak berdosa? Tak sedar ke bayi tu lahir atas sebab kesalahan yang telah diperbuat?  Aku cuma tak faham apa yang kat dalam fikiran manusia yang melakukan semua benda ni. Nak seronok? Puaskan hati? Memberontak? Entah la aku pun tak pasti.. Tapi apa yang aku tahu semua tu terjadi..


Bermulanya dari sini....


Renung-renungkan bersama dan biarlah diakhirat kelak mereka menjawab segala persoalan bayi yang tidak berdosa ini. Kita disini sekadar menasihati. :)



49 Days!

Salam semua :) Korang semua baik-baik tak hari ini? Ha, aku nak tanya something ni.
Erm, korang semua pernah tak tengok cerita korea? Alah, tipuuu kalau cakap tak tengok.. Hee :)
Okey cerita aku kali ni fasal drama korea yang bertaju. 49 Days. Drama ini sebenarnya drama korea yang baru keluar kat OneHD (AstroBeyond). 
Mula-mula aku tengok cerita ini, rasa macam mengarut la jugak. Sebab dia cerita fasal roh yang pinjamkan badan orang lain untuk hidup. Lepas je aku tengok episode ke 3, aku terus suka cerita ini dan terus mengikuti perkembangannya. Disebabkan aku suka, jadi aku kenalah berkongsi-kongsi sikit. Alah,bak kata orang putih la kan "Sharing is Caring" :)


Information

Genre: FantasyRomance
Category: Korean Drama
Episodes: 20


Ni sipnosisnya.

Shin Ji Hyun was enjoying absolute bliss as she was about to marry her fiancé, Kang Min Ho, but her perfect life is shattered when she gets into a car accident that leaves her in a coma. She is given a second chance at life by a reaper, but it comes with a condition: she has to find three people outside of her family who would cry genuine tears for her. In order to do this, she borrows the body of Yi Kyung, a part-time employee at a convenience store for 49 days.


Okey, aku tambah sikit lagi la.

Bila Shin Ji Hyun dah tumpang ke dalam jasad orang lain, dia mula menyamar jadi Song I Gyeong, So orang lain tak dapat nak syak yang dia ni Shin Ji Hyun. Malah identiti dia yang sebenar pun terpaksa dirahsiakan and adalah sebab2nya. Then, bila dah macamtu dia pun menggunakan kesempatan untuk mendekati kawan-kawan dia dengan tujuan mendapatkan air mata. Dari situ dia mula dapat tahu banyak rahsia yang membuatkan dia  akhirnya terluka. Rahsia apa yang dia dah dapat bongkarkan tu? Adakah dia berjaya mendapatkan 3 air mata dan hidup semula?

Nak tau lebih lanjut? Korang boleh tengok cerita tu dekat Mysoju ^^  hehe..

Kisah Seorang Lelaki Gemuk

Untuk entri kali ini, aku ingin berkongsi dengan anda semua mengenai kisah seorang lelaki yang paling gemuk di dunia. Menurut fakta yang diperolehi, lelaki tersebut bernama Jun Liang Yong ,berbangsa cina dan menetap di Kota China Chongking.

Jom layan beberapa foto yang berkisarkan lelaki paling gemuk di dunia.
->Jun Liang Yong bergambar ketika berada di hospital sewaktu menjalani pembedahan akibat berat badan yang sangat melampau.
->Lelaki ini dipercayai mempunyai ketinggian sekitar 158 cm tetapi berat badannya mencecah 230 kilogram.berat badan yang melampaui berat badan manusia normal.
->Lelaki ini telah menderita sindrom berat badan yang berlebihan sejak tahun 2008.Pelabgai cara telah digunakan untuk merawat masalah tersebut namun kesemuanya menemui jalan buntu.
->Sewaktu menjalani sesi terapi pemulihan di hospital.Hampir 20% lelaki dewasa di China menghidapi masalah berat badan yang berlebihan.
*Kepada sesiapa yang mempunyai masalah berat badan yang berlebihan,segeralah mencari jalan penyelesaian agar Anda tidak termasuk dalam golongan seperti lelaki di atas. Bersama membendung masalah obesiti dalam kalangan rakyat di negara kita :-)

Malang tak berbau.

Salam semua! Cuba tengok apa yang aku jumpa masa aku godek-godek Youtube tadi?
TADAA! Okey, benda ni bukan la sesuatu yang seronok untuk dilihat. Takde kene mengena langsung unuk menguji keberanian ataupun sewaktu dengannya. Video ini adalah untuk pengajaran semata-mata. Motifnya ialah supaya korang jangan mencuba sesuatu yang boleh membahayakan nyawa. Jadi renung-renungkan la semasa korang tengok video ni :D Good Luck!


Sebelum tu. Perhatian! Kepada sesiapa yang mengandung, menghadapi masalah fobia terutamanya pada darah, heart attack, atau apa pun penyakit yang boleh membawa kemudaratan untuk melihat video ini, tolong jangan nak mengada-ngada nak tengok sebab kalau degil segala yang berlaku nanti adalah tanggungjawab sendiri! Terima kasih!

Aku ingat aku dah mati..

Salam semua!
"Hah? Apasal tajuk kali ni lain macam jek bunyiknye?"


Nak tau kenapa? Okey, ceritanya macam ni. Aku  teman gan mama & abah aku pergi Pahang sebab nak hantar kakak aku balik Uitm and adik aku balik Maktab dia. Walaupun dua-dua tempat kat Pahang tapi tetap terpisah jauh. Sorang kat Jengka, and sorang lagi kat Kuala Lipis. So, hari ni kitorang pergi bertolak ke Jengka dulu, tempat kakak aku, sebab kat Jengka lagi dekat berbanding Kuala Lipis. Sampai kat Uitm kakak aku, aku ternampak basikal elektrik kakak aku. So, aku cakap la dengan dia yang aku nak cuba. Dia kata boleh tapi lepas angkat barang. Dah selesai angkat barang, apa lagi aku pergi la turun and terus nak basikal tu. Adik aku pun join the club la siap duduk kat tempat bonceng tuu lagi. Aku pulak siap kayuh-kayuh lagi. tapi, basikal tu tak gerak pun. Hehe..


So, aku cakap la dengan kakak aku. "Macam ne nak gerak?". Kakak aku kata "turun la dulu".
Lepas kitorang turun, kakak aku pun p kat belakang and turun kan tongkat dia. Dalam hati aku kata " Ohh. Ada tongkat rupanya. Macam motosikal jek"
Then, mama kata " bawak la basikal tu p kat hujung sana". Aku pun tengok la kat tempat yang dperkatakan tu. "Ermm. Luas-luas. PAS"
So, dengan excitednya aku pun tuntun la basikal tu. Tiba-tiba... Basikal tu jadi lajuuu!! Laju gila! sumpah aku cakap aku takut. Aku tak tau nak wat apa so aku jerit gila-gila sambil pegang basikal tu.
Family aku yang lain tengok jek. Mybe terkaku kot. Entah la.
So, disebabkan lari terlampau laju, aku jadi tak balance then aku terjatuh. Kepala aku sumpah tak dapat pikir apa-apa kecuali MATI. Lepas jek aku jatuh aku dengar ada orang gelak rupanya Family aku. ehehe, Kecuali kakak aku. Sebab basikal dia yang jadi mangsa =,=". Abis rosak disebabkan aku! Soorryy angah!
But so far so good aku just cedera ringan and yang paling penting I"M STILL ALIVE :D
HEUUUWW!

6 June.. Tarikh yang MENYEDIHKAN,

Salam semua. Huhu..Korang nak tau tak? Tarikh kat atas ini adalah salah satu tarikh yang paling penting dalam hidup aku. Aku suka bila sampainya tarikh ni sebabnya tarikh tu adalah tarikh hari jadi aku, tapi tulah hari jadi aku ni berlaku masa musim cuti sekolah. And untuk pengetahuan korang, Hampir setiap tahun aku tak dapat celebrate birthday aku ni kat umah. Kalau tak celebrate kat luar negara, mesti kat kampung. Dan benda yang sama berlaku kat aku lagi. Tahun ni aku celebrate hari jadi aku kat Vietnam pulak. Untung? Jawapan aku "TAK!"
Bayangkan la kat sana takde sapa yang ingat bila birthday aku including Mama & Abah. Kalau boleh aku nak betul2 terlupa birthday aku time tu, tapi aku tak boleh. Bila aku teringatkan birthday aku ni tak disambut membuatkan aku rasa sedih sangat2. T^T
Then disebabkan dah tak tahan sangat aku pun mula buka mulut. Aku cakapla dengan Mama & Abah.
"Oh, hari ini wawa baru teringat yang hari ni hari jadi wawa la"
"Yelaa, Kan tadi dah celebrate kat kedai makan? Diorang makan-makan tuu sebab celebrate hari jadi wawa la"
=,="
Serius aku cakap, hati aku ni sedih gilaa~~ Tapi, nasib baik la time bufday aku nie masa kitorang semua dah nak bertolak ke Malaysia. And alhamdulilah la, aku dapat jugak celebrate bufday aku kat umah. Itupun tak berapa nak celebrate laa. huhu.. Akhirnyaa, impian aku untuk celebrate kat umah tercapai jugak walaupun kek hari jadi aku tak laku :D
Oh ya, By the way, thanks kepada sesiapa yang telah mengucapkan "Selamat Hari Jadi" kepada saya. Korang semua membuatkan aku rasa tak putus asa untuk menyambut hari jadi aku pada masa yang akan datang! THANKS!